Trading System

Trading system atau strategy ini simple sahaja ia merupakan system trade yang menggikut arah dan momentum trend market.

Senarai Indicator & Setting:

– Simple Moving Average

Simple moving average setting period 10

Simple moving average setting period 20

Kita akan gunakan simple moving average setting period 10 & 20 sebagai untuk tahu arah trend market.

– Stochastic Oscillator

Stochastic Setting => %K 20, %D 5, Slowing 10

Stochastic oscillator akan digunakan sebagai kepastian tentang arah trend tersebut.

Sekiranya %K dan %D menunjuk ke atas itu bermaksud uptrend.

Sekiranya %K dan juga %D menunjuk ke bawah ia bermaksud downtrend.

– Relative Strength Index

RSI period 34 dengan level 45 & 55

Relative Strengh Index akan menunjukkan momentum pergerakkan trend tersebut sama ada kuat atau lemah.

Sekiranya RSI berada atas level 55 itu menunjukan momentum market adalah menaik.

Kalau RSI berada di bawah 45 itu menunjukan momentum market adalah menurun.

Bila RSI berada di tengah-tengah antara level 55 & 45 itu bermakna momentum market tidak kuat dan kemunkinan market bergerak dalam sideways.

Cara Guna System Trading Ini

Mari kita lihat contoh sell setup dahulu. Mula analysis di time frame 4 hour untuk ketahui arah trend besar.

Lihat sekiranya SMA 10 bersilang kebawah dengan SMA 20 yang menunjukkan bearish trend.

Kemudian indicator stochastic menunjuk kebawah dan lihat RSI adakah ia berada di bawah level 45, sekiranya semuanya tersusun itu menunjukkan market sedang berada dalam selling momentum.

Jadi kita hanya mahu fokus kepada mencari peluang sell sahaja.

Selepas tahu arah trend di time frame besar, kita turun ke time frame 15 minit untuk mencari setup entry kita.

Untuk peluang entry kita perlu tunggu sehingga candlestick bergerak kedalam antara SMA 10 dan SMA 20 atau bergerak lebih dari moving average secara bertentanggan dari arah trend, dalam contoh ini kita mencari peluang untuk sell, jadi market perlu bergerak keatas moving average dahulu.

Selepas market sudah bergerak antara moving average, kita hanya perlu tunggu untuk candlestick memasuki semula ke bawah moving average kita seperti dalam gambar. Selepas candle tersebut sudah close semula dibawah moving average, itu adalah signal entry kita.

CONTOH BUY SETUP

Mari lihat contoh buy setup pulak.

Kita mulakan analysis kita di time frame H4 untuk ketahui arah dan momentum trend, seperti anda lihat chart tersebut menunjukan buy momentum, jadi kita hanya mahu cari peluang buy sahaja.

Kemudian kita ke time frame 15 minit untuk mencari peluang entry. Kita tunggu sehingga harga bergerak lebih dari moving average kita secara bertentangan dari arah trend di time frame kecil.

Apabila harga berjaya untuk tutup semula di atas moving average itu adalah signal entry kita.

Stop Loss & Take Profit

Untuk stop loss saya tidak menggunakan fix stop loss, saya menggunakan swing high atau swing low sebelumnya untuk meletakkan level stop loss.

Stop loss kita boleh letak di swing high yang sebelumnya untuk sell setup. Untuk buy setup kita boleh letak stop kita di swing low sebelumnya.

Take Profit kita boleh set first TP sama dengan jumlah jarak stop kita, sebagai contoh kalau stop kita jarak adalah 25 pip jadi TP 1 kita adalah 25 pip jadi risk reward kita adalah 1:1.

Sekiranya anda mahu set TP 2 anda boleh gandakan jumlah tersebut, 25 pip darab 2 = 50 pip adalah TP 2 kita.

Contoh Risk Management Di Buy Setup

 

Contoh Risk Management Di Sell Setup

Langkah-Langkah

1) Lihat time frame H4 untuk tahu arah trend dan momentum market.

2) Pergi ke time frame 15 minit untuk melihat setup entry.

3) Stop loss kita berada di previous swing high(sell setup) atau di swing low(buy setup) dan take profit yang pertama sama jarah dengan stop loss kita. Take profit kedua adalah gandaan dua nilai tersebut.

Contoh kalau stop kita 20 pip jadi TP1 kita adalah 20 pip dan TP2 40 pip.

4) Sentiasa semak kalau Stochastic dan RSI masih selari menunjukan arah dan momentum yang sama di time frame H4.

Selagi ianya selari anda boleh trade setup tersebut, tetapi sekiranya ianya sudah tidak selari jangan trade setup yang ada, trade pair yang lain.