TRAILING STOP

Trailing stop ialah stop order yang ditetapkan oleh anda berdasarkan jumlah pips. Trailing stop akan mengikut arah market secara automatik apabila market bergerak menaik atau menurun.

Sekiranya market bergerak bertentanggan dari arah yang anda jangkakan dan market sentuh trailing stop position anda akan ditutup secara auto.

Ok munkin anda pening, biar saya cuba terang dengan lebih detail lagi…

Contoh katakan anda mahu buy EUR/USD berdasarkan analysis anda.

EUR/USD berada pada kadar 1.2500 ketika anda bukak buy order dan anda set trailing stop anda sebanyak 20 pip.

Jadi katakan market bergerak naik seperti yang anda jangkakan dan EUR/USD naik sebanyak 50 pip, beberapa jam kemudian EUR/USD naik lagi sebanyak 20 pip.

Selepas itu market bergerak bertentanggan dan turun sebanyak 20 pip dan sentuh trailing stop. position trade anda akan di tutup secara automatic.

Anda dapat profit sebanyak 50 pip berdasarkan trade tersebut.