TRIANGLE PATTERN

Di dalam teknikal analisa triangle pattern ini dikategori dalam pattern continuation, tetapi ia bergantung dimana ia berlaku kerana pattern ini sama seperti wedge pattern, mereka boleh jadi sabagai continuation ataupun reversal pattern.

Dalam erti kata lain pattern triangle ini adalah bilateral pattern.

Terdapat tiga jenis pattern triangle:

  1. Ascending Triangle
  2. Descending Triangle
  3. Symmetrical Triangle

Mari kita lihat bagaimana rupa bentuk ketiga-tiga pattern ini dan macam mana nak trade guna chart pattern triangle.


Pengambilan Utama

  • Triangle adalah kategori bilateral pattern maknanya ia boleh menjadi continuation atau reversal pattern bergantung kepada dimana ia berlaku.
  • Terdapat 3 jenis triangle, ascending, descending, dan symmetrical.

Symmetrical Triangle

Corak Symmetrical Triangle

Symmetrical triangle terhasil apabila harga telah bergerak dalam arah trend yang kuat kemudiannya harga mula berehat dan pergerakan mendatar(sideways) mula berlaku.

Ketika ini tidak begitu banyak jumlah transaksi yang berlaku dalam pasaran yang mengakibatkan pergerakan harga mula makin mengecil.

Maka line resistance dan juga support mula makin rapat diantara satu sama lain dan terjadinya pattern symmetrical triangle. Ia juga kelihatan sama seperti pattern pennant.

Cara Untuk Trade Pattern Symmetrical

Trade Pattern Symmetrical Triangle

Selepas pergerakan trend berlaku harga akan mula bergerak secara mendatar ketika ini akan terhasilnya pattern symmetrical.

Trader perlu tunggu sehingga harga membuat breakout daripada pattern tersebut sebagai kepastian berkenaan arah pasaran akan sambung bergerak ikut arah trend sebelumnya.

Jika pergerakan trend semasa adalah uptrend, maka trader perlu tunggu untuk harga membuat breakout ke atas daripada kawasan triangle itu sebagai petanda harga mungkin akan mula sambung pergerakan arah trend sebelumnya.

Bearish Symmetrical Pattern

Contoh kalau ianya adalah pasaran downtrend, anda perlu tunggu sehingga berlakunya breakout ke bawah sebelum membuka sebarang posisi sell.

Atau cara lain adalah dengan gunakan stop order, kerana kadang-kadang apabila berlakunya breakout dari kawasan triangle, harga akan bergerak laju dan terdapat potensi untuk terlepas peluang trade. Jadi jika anda takut untuk alami situasi seperti itu, mungkin boleh gunakan stop order adalah cara terbaik.

Tapi sekiranya harga membuat breakout ke arah yang bertentangan dari arah trend, ia disarankan untuk tidak trade breakout tersebut dan tunggu pengesahan berkenaan arah pergerakan pasaran yang sebenar.

Contoh, pasaran sedang berada dalam uptrend dan berlakunya symmetrical, tapi daripada breakout ke atas, harga membuat breakout ke bawah. Ia disarankan untuk tidak ambil sebarang trade jika situasi begini berlaku kerana terdapat risiko untuk berlakunya fakeout sebelum harga bergerak semula ke arah trend.

Ascending Triangle

Contoh Rupa Bentuk Ascending Triangle Pattern

Pattern ascending berlaku apabila harga telah bertahan pada aras resistance yang sama banyak kali tetapi harga sentiasa membuat aras swing higher low yang baru.

Ini menunjukan bahawa walaupun harga ketika waktu itu gagal untuk membuat breakout daripada aras resistance tersebut, tetapi dengan berlakunya aras swing higher low baharu, ini menunjukkan bahawa kuasa pembeli menjadi semakin kuat, dan tidak lama lagi mungkin akan berlakunya breakout dari aras resistance tersebut.

Cara Trade Pattern Ascending

Live Chart Pattern Ascending Triangle

Di atas adalah contoh dimana harga sedang bergerak dalam uptrend dan berlakunya ascending triangle, tapi disebabkan kuasa pembeli jadi semakin kuat harga berjaya membuat breakout ke atas, bukan itu saja kalau anda lihat, ada berlakunya juga pattern candlestick hammer selepas breakout menandakan ciri-ciri bullish yang kuat.

Walaupun pattern ini adalah petunjuk berkenaan kekuatan pembeli, itu tidak bermakna harga tidak boleh membuat breakout ke bawah.

Ascending Triangle Breakout Ke Bawah

Dari semasa ke semasa anda akan jumpa situasi ini dimana harga membuat breakout ke bawah di pattern ascending.

Situasi ini biasanya berlaku jika harga sedang bergerak dalam keadaan downtrend dan berlakunya ascending pattern.

Descending Triangle

Contoh Rupa Descending Triangle

Descending triangle berlaku apabila harga bertahan pada satu aras support itu beberapa kali, tetapi harga terus membuat swing lower high yang menandakan kuasa penjual semakin menguat berbanding pembeli.

Cara Trade Pattern Descending

Chart Descending Triangle Pattern

Rajah di atas adalah contoh situasi dimana berlakunya pattern descending ketika harga sedang bergerak dalam downtrend. Kemudian berlakunya breakout dan harga mula bergerak semula ke arah trend.

Sama seperti pattern ascending triangle, walaupun pattern descending triangle menunjukkan kekuatan penjual tetapi itu tidak bermaksud harga tidak boleh membuat breakout ke atas.

Descending Triangle Breakout Ke Atas

Situasi ini biasa terjadi apabila harga sedang bergerak dalam secara uptrend dan berlaku descending triangle ketika uptrend. Terdapat kemungkinan tinggi harga akan membuat breakout ke atas.

Kesimpulan

Apabila trade chart pattern triangle, anda perlu sentiasa utamakan breakout yang berlaku mengikuti arah trend semasa.

Walaupun triangle ini adalah bilateral pattern, tapi ia amat disarankan untuk trader hanya trade apabila harga membuat breakout yang ikut arah trend sahaja, jika ia membuat breakout pada arah bertentangan, disarankan untuk tidak trade pergerakan tersebut tapi tunggu kepastian dahulu.

Jika harga bergerak bertentangan, anda perlu tunggu hingga berlakunya pengesahan tentang arah trend baru.