Waktu Pasaran Forex Malaysia

Waktu daganggan pasaran forex tidak sama seperti waktu pasaran saham yang hanya dibuka selama 7 jam sehari.

Pasaran forex dibuka selama 24 jam dari hari isnin hingga jumaat, saya tau mesti ada yang terfikir kenapa market tak bukak 24/7.

Ianya disebabkan broker tutup pada hujung minggu, broker juga tutup bila hari cuti umum, siapa tak nak cuti kan, semua orang perlukan masa berehat.

Waktu pasaran forex aktif

Pasaran forex dibuka selama 20 hari setiap bulan.

Walaupun forex market dibuka selama 24 jam sehari itu tidak bermakna yang market sentiasa aktif.

Ada waktu market meriah ada waktu market hambar ataupun perlahan tidak banyak pergerakkan.

Jika anda lihat gambar ini ia menunjukkan waktu sesi market.

Ada 5 sesi utama dalam ekonomi dunia Sydney, Tokyo, Europe, London dan New York.

Waktu Pasaran Forex Malaysia

Di atas adalah gambar waktu market dunia serta waktu Malaysia.

Selalunya bila di sesi London dan New York bertembung adalah masa market paling aktif.

Perbezaan time zone atau waktu siang dan malam untuk sesebuah negara juga dapat mempenggaruhi waktu market aktif.

Kebiasaannya pada hari Isnin market agak perlahan munkin disebabkan ianya hari baru mula berkerja, macam zaman sekolah jugakan bila sabtu ahad seronok bercuti bila tibanya hari isnin rasa lemah semanggat untuk pergi ke sekolah atau bekerja.

Bila hari jumaat pula market agak susah untuk dijangka sebab ianya adalah hari terakhir sebelum kebanyakkan trader, hedge funds dan bank mula menutup posisi mereka dan ambil keuntungan.

Untuk lihat live forex hour klik sini.

Jika anda mahu tahu lebih detail lagi berkenaan waktu pasaran forex boleh baca artikel ini: Waktu Bila Sesuai Untuk Trade Pasaran Forex