You are currently viewing OctaFx Malaysia Review

OctaFx Malaysia Review

– Latar Belakang OctaFx Malaysia

Octafx sudah beroperasi melebihi 10 tahun, broker ini ditubuhkan pada tahun 2011 didaftar di St. Vincent and the Grenadines. Untuk OctaFX Malaysia , mereka sudah lama beroperasi di Malaysia dan menawarkan ECN trading serta CFD trading di indices, metals, forex & matawang kripto.

Broker ini juga telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang 10 tahun mereka beroperasi dan menawarkan pelbagai jenis bonus serta hadiah kepada pelangan mereka.

>Daftar akaun Bersama OctaFx sekarang<

– Regulation & Keselamatan

Octafx di regulasi oleh CySec dengan lesen nombor 372/18.

Octafx juga berdaftar dan dikawal oleh Undang-undang Saint-Vincent and Grenadines.

Jika lihat di website octafx mereka juga menawarkan tahap keselamatan tambahan seperti:

  • Mengasingkan dana pelanggan daripada akaun peribadi pihak broker.
  • Menawarkan perlindungan baki negatif pada akaun dalam erti kata lain tiada kerugian yang melebihi deposit.
  • Website yang dilindungi dengan SSL dan peraturan withdrawal yang selamat.

– Jenis Akaun

Ocafx menawarkan 3 jenis akaun MT4 Micro, MT5 Standard & ECN.

[MT4 Micro]

Walaupun nama dia ada sebut micro tetapi ia sebenarnya akaun standard, saya pun tidak pasti kenapa mereka namakan akaun tersebut micro sedangkan ianya adalah standard akaun dan akaun ini sesuai untuk mereka yang baru lagi dalam trading.

Akaun micro ini membenarkan anda untuk trade sebanyak 28 jenis pair matawang, emas, silver, 3 matawang crypto dan indeks.

Maksimum leverage untuk akaun MT4 micro adalah 1:500 di forex.

1:200 di besi seperti emas dan juga silver.

1:50 di indeks

1:2 untuk matawang crypto.

Untuk membuka akaun jenis ini ianya tiada jumlah minimum untuk anda deposite, tetapi jumlah yang di sarankan oleh broker adalah sekurang-kuragnya $100.

[MT5 Pro]

Akaun ini untuk mereka yang sudah lama dalam trading dan berpengalaman. Platform trading untuk akaun ini adalah metatrader 5.

Akaun ini membenarkan anda untuk berdagang 28 jenis pair matawang. 4 jenis logam termasuk emas & silver, 2 energies, 10 indeks dan 3 jenis matawang crypto.

Maksimum leverage untuk akaun MT5 pro adalah 1:200 di forex, 1:100 di besi seperti emas dan silver, 1:50 untuk indeks & 1:2 untuk matawang crypto.

Sama seperti akaun MT4 Micro untuk membuka akaun MT5 Pro tiada jumlah minimum deposite tetapi jumlah yang disarankan adalah $500.

[ECN]

Maksud ECN adalah Electronic Communication Network, dalam terangan yang mudah ianya ibarat jabatan yang sambungkan trader kecilan seperti saya dan anda kepada liquidity provider.

Akaun ini adalah untuk trader yang progresif kerana platform yang digunakan untuk jenis akaun ini adalah Ctrader, apa yang saya boleh katakan platform ini memang bukan untuk trader yang baru ianya agak sedikit advance.

Apa kelebihan akaun ECN ini berbanding 2 akaun di atas adalah spread. Kebiasaan spread di akaun ECN lebih rendah berbanding jenis-jenis akaun yang lain. sebagai contoh spread akaun ECN di octafx serendah 0 pip.

Leverage maksimum untuk akaun ECN adalah 1:500 untuk forex dan 1:200 untuk logam.

Kalau anda lihat jika anda menggunakan akaun ECN anda tidak dapat trade indeks dan matawang crypto.

Untuk membuka akaun ECN jumlah deposite yang disarankan oleh broker adalah $100.

Nota: Mereka sudah tidak menawarkan akaun ECN lagi.

[Islamic Akaun]

Munkin ada yang tertanya jika broker menawarkan islamic akaun.

Jawapannya adalah YE di octafx kesemua akaun mereka adalah bebas swap secara automatic tidak kesah anda beragama islam ataupun tidak, broker tidak caj sebarang swap kepada posisi trade anda.

Pada masa yang sama broker juga tidak menggambil sebarang bayaran komisyen jika anda pegang posisi trade anda melebihi satu malam untuk akaun MT4 Micro dan juga MT5 Pro.

Ini bermaksud anda boleh biarkan posisi trade anda dibuka selama mana anda mahu, jika anda adalah swing atau position trader ianya amat bagus untuk anda.

Untuk akaun ECN broker akan ada menggambil bayaran caj yuran sekiranya anda masih mempunyai posisi trade yang masih dibuka ketika hujung minggu.

– Cara Pembayaran & Penggeluaran

Broker octafx menawarkan pelbagai jenis pembayaran untuk deposite dan withdraw, di bawah adalah senarai pembayaran yang pihak broker tawarkan:

Deposite:

Penggeluaran(withdraw):

Tiada sebarang caj yang dikenakan untuk deposite dan withdraw.

Tempoh transaksi kebiasaanya tidak sampai 3 jam daripada penggalaman saya sendiri.

Ini adalah senarai bank tempatan yang disokong oleh broker:

  1. CIMB Bank
  2. Hong Leong Bank
  3. Maybank
  4. Public Bank
  5. RHB Bank

– Spread

Setiap jenis akaun berbeza spread, seperti di akaun MT4 Micro spread untuk pair EUR/USD minimum adalah 0.4 pip dan kebiasaanya dalam 1.1 pip.

Untuk akaun jenis MT5 Pro pula spread untuk pair EUR/USD adalah 0.4 pip minimum dan kebiasaanya dalam 0.5 pip.

Di akaun ECN pula untuk pair EUR/USD minimum spread adalah 0.4 dan average spread dalam 0.7 pip.

Tetapi itu tidak bermaksud yang spread akan tetap kekal seperti itu, kebiasaanya apabila market banyak liquidity spread biasanya lebar sedikit dari biasa dan situasi seperti ini biasanya berlaku apabila ada news yang akan keluar.

– Instrumen Dagangan

Terdapat 4 jenis instrumen yang anda boleh trade, Forex, Indeks, Komoditi & Matawang Crypto.

Di dalam forex anda boleh trade sebanyak 28 pair matawang Major Pair dan juga Cross Pair.

Terdapat 10 jenis indeks yang anda boleh trade seperti AUS200, UK100, GER30, US30, dan banyak lagi.

Komoditi ada 4 jenis yang anda boleh trade XAU/USD(Gold), XAG/USD(Silver), XBR/USD(Brent Cruid Oil) & XTI/USD(US Oil).

Untuk matawang crypto hanya ada 3, BTC/USD, ETH/USD dan LTC/USD.

– Trading Platform

Platform dagangan yang ditawarkan oleh octafx adalah Metatrader 4, Metatrader 5 dan juga platform cTrader.

Platform metatrader 4 adalah platform yang kebanyakan trader gunakan. Sekiranya anda mahu belajar tentang cara penggunaan platform metatrader 4 boleh klik sini.

Metatrader 5 sama saja seperti metatrader 4 cuma ia mempunyai ciri-ciri baharu yang tiada di metatrader 4.

cTrader adalah sebuah platform trading juga seperti metatrader tetapi bagi saya ianya agak sedikit advance dan tidak sesuai untuk trader yang baru.

Tetapi jika anda mahu gunakan akaun ECN anda perlu guna platform ini sebagai platform trading anda.

Nota: Mereka sudah tidak menawarkan platform cTrader.

[Octafx Mobile App]

Munkin perbezaan antara broker ini dengan kebanyakan broker lain di luar sana adalah mereka mempunyai aplikasi mereka sendiri.

Ye broker lain pun ada juga aplikasi phone mereka sendiri, cuma kebanyakan design aplikasi broker lain tidak begitu lawa jika nak dibandingkan dengan aplikasi octafx.

Ianya kemas dan mudah untuk diguna.

Dengan app ini anda boleh pantau akaun anda dari phone dan boleh juga melakukan transaksi seperti deposite atau withdraw melalui aplikasi tersebut tanpa perlu ke website.

Selain dari itu anda juga boleh melakukan transaksi dagangan anda melalui aplikasi tersebut.

Anda boleh download aplikasi rasmi octafx di Play Store dan juga App Store.

– Promosi

OctaFX menawarkan beberapa buah promosi yang agak unik dan membezakan mereka daripada kebanyakan broker lain di luar sana.

[Octafx Champion]

Ianya sebuah pertandingan untuk trader yang dianjurkan oleh broker setiap 4 minggu.

Hadiah untuk tempat pertama adalah $500, tempat kedua $300, dan tempat ketiga $100.

Apa yang menariknya kita tidak perlu trade menggunakan duit sebenar tetapi hanya menggunakan akaun demo saja, jadi tiada risiko di situ.

[Trade & Menang]

Antara salah satu sebab saya sukakan broker ini adalah kerana promosi trade and win mereka.

Ianya mudah saja, apabila kita mula trade kita akan dapat lot rebate dan apabila kita sudah kumpul jumlah lot yang minimum kita dapat redeem lot terkumpul tersebut dengan hadiah pilihan kita dan mereka akan hantar ke rumah kita.

Terdapat pelbagai jenis hadiah yang kita boleh redeem daripada sebuah topi hingga ke laptop.

Macam saya sendiri sudah cuba untuk redeem hadiah seperti topi daripada broker dan tempoh untuk sampai selepas redeem tidak lama, dalam 3 ke 4 hari saja.

– Bonus

[50% Deposite Bonus]

Ini adalah bonus yang diberikan kepada kita daripada broker bergantung kepada jumlah deposite kita, contoh jika kita deposite $100, broker akan berikan bonus sebanyak 50% dari jumlah deposite tersebut dalam contoh ini $50.

Bonus tersebut akan di kreditkan ke dalam akaun kita sebagai support margin.

[Kadar Tetap Ringgit]

Fungsi bonus ini adalah untuk kekalkan kadar tukaran matawang ringgit ke US dollar sama rata dan tidak akan berubah.

Sebagai contoh jika kita mahu tukarkan matawang ringgit ke kadar tukaran sekarang adalah dalam RM400 persamaan dengan $100.

Tetapi dengan bonus kadar tetap anda dapat tukaran yang tetap dan tidak berubah untuk deposite sebanyak $100 pihak broker menawarkan kadar tukaran RM300 untuk $100.

Munkin ianya nampak agak menarik tetapi ada kekuranganya juga.

Apabila kita mahu withdraw kadar tukaran kita pun akan gunakan kadar yang sama, jadi katakan kita withdraw $100 daripada dapat RM400 seperti kadar tukaran sekarang, kita hanya akan dapat RM300.

Daftar akaun Bersama OctaFx sekarang.

[Program Status]

Program ini bergantung kepada jumlah baki yang ada di dalam akaun kita. Sebagai contoh jika baki akaun kita antara $1 – $1000 kita berada di peringkat Bronze.

Jika baki kita lebih lagi daripada itu contoh $2,500 itu akan meletakan kita di peringkat Gold, dan kelebihan dia adalah kita akan mendapat kelebihan sedikit seperti apabila prosess withdraw ianya lebih pantas, spread lebih halus daripada peringkat bronze.

Level paling tinggi adalah Platinum dimana kita akan dapat kelebihan seperti, nasihat daripada seorang pakar tentang trading serta dapat jemputan ke majlis VIP yang dianjurkan oleh pihak broker.

– Khidmat Pelanggan

Octafx menawarkan sokong 12 jenis bahasa termasuk bahasa melayu. Khidmat pelangan mereka beroperasi sepanjang hari selama 24 jam dari Isnin hingga Jumaat.

Anda boleh hubungi khidmat pelangan mereka melalui live chat, email, telephone, dan laman media social rasmi mereka seperti facebook, twitter dan juga instagram.

– Anugerah

Seperti saya sudah katakan sebelum ini yang broker octafx ini sudah beroperasi sejak 2011 dan telah memenangi pelbagai anugerah seperti:

  • BROKER FOREX TERBAIK ASIA 2019
  • BROKER ECN/STP TERBAIK 2019
  • SYARAT DAGANGAN TERBAIK 2018

dan banyak lagi.

– Kesimpulan

Jadi adakah saya sarankan broker ini?

Sudah tentu broker octafx menawarkan pelbagai promosi dan bonus untuk pelangan mereka serta service mereka sangat bagus, sepanjang saya guna broker ini tidak pernah ada masalah lagi.

Tambahan mereka juga ada menawarkan perlindungan baki negetive, maksudnya jika kita alami kerugian, kerugian tersebut tidak akan melebihi daripada jumlah yang kita deposite ke dalam akaun jadi baki kita tidak akan berada dalam keadaan negetive.

>Daftar akaun Bersama OctaFx sekarang<

Jadi ini adalah pros & cons Ocafx:

Pros:

– Pelbagai jenis platform untuk pilih.
– Banyak jenis bonus dan promosi yang ditawarkan seperti, pertandingan trading demo akaun dan juga Trade & Win.
– Mempunyai aplikasi telephone mereka tersendiri.
– Khidmat pelanggan yang bagus.
– Sudah lama beroperasi sejak 2011.
– Mempunyai regulation yang kuat seperti Cysec.
– Spread yang halus serta tidak dikenakan caj swap.

Cons:

– Tidak menawarkan pelbagai jenis saham sebagai instument dagangan.
– Sudah tidak menawarkan akaun ECN lagi.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

This Post Has 2 Comments

  1. forex malaysia

    OctaFx adalah antara broker terbaik di Malaysia. Walaupun masih ada kekurangan yang boleh diperbaiki tetapi so far itu bukanlah satu masalah besar. Sy dah mencuba octafx untuk beberapa bulan – masalah utama saya ialah memilih master trader yang betul . sbb sy ada terbaca sapa2 je bole jadik mastertrader , jadk penapisan yang lebih ketat perlu diadakan supaya hanya yg terbaik saja yang patut dpt jadik master trader.

    1. Admin

      Yup betul, OctaFx antara broker yang terbaik di Malaysia, saya juga dah lama guna broker ni dan buat masa ni saya tak pernah alami sebarang isu atau masalah.

      Untuk isu copy trading mereka pula saya setuju, platform copy trading mereka memang antara yang terbaik dan mudah untuk diguna, seperti tuan kata, sekrg ini terlalu banyak orang yang boleh mendaftarkan diri mereka untuk menjadi master trader tanpa syarat yang ketat. Saya juga rasa pihak OctaFx perlu fikirkan cara untuk menapis trader-trader sebelum mereka dibenarkan mendaftar untuk menjadi master trader.

Leave a Reply