You are currently viewing Panduan Untuk Mereka Yang Mahu Mula Trade Forex

Panduan Untuk Mereka Yang Mahu Mula Trade Forex

Setiap hari semakin ramai yang mahu cuba untuk ceburi industri forex trading ianya munkin disebabkan yang bidang ini lebih mudah untuk mula daripada jika kita ingin memulakan sebuah perniagaan.

Walaupun pasaran forex ini lebih mudah untuk kita masuk itu tidak bermakna yang kita boleh terus berjaya dalam industri ini.

Jadi hari ini saya akan berkongsi panduan untuk mereka yang baru mahu mula untuk ceburi bidang forex trading ini, di mana anda patut mula dan apakah keperluan untuk anda mula.

– Cari Ilmu Dahulu

Jika anda mahu ceburi apa-apa bidang sekali pun anda mesti perlu mempunyai ilmu penggetahuan tentang bidang tersebut, trading ini tiada bezanya juga kita perlu ada ilmu tentang market untuk membuat analysis serta meramal pergerakan arah market.

Jadi dimana anda boleh belajar?

Sekarang ini sudah banyak sumber di internet sekiranya anda mahu belajar tentang trading ada yang berbabayar ada juga yang percuma.

Di wira trader kami juga ada menawarkan course percuma dimana anda boleh belajar tentang forex trading ini dari basic hingga advance.

Terdapat 11 bahagian di dalam course tersebut anda akan belajar dari A hingga Z. Course tersebut dalam bahasa yang mudah untuk mereka yang baru mahu mula belajar paham.

Anda boleh lihat course tersebut di Forex Simple Course[FSC].

– Pilih Broker

Jika anda tanya saya apa salah satu benda yang perlu ada untuk mula trade forex, saya akan cakap forex broker.

Apa Itu Forex Broker?

Forex Broker ini anda boleh anggapkan sebagai orang tengah yang akan tolong uruskan transaksi kita dengan pihak liquidity provider(Bank).

Kita sebagai trader kecilan perlu bantuan daripada broker untuk menjalankan transaksi urus niaga kita di dalam market, melainkan kalau kita ada jutaan Dollar itu boleh terus direct ke bank dan tidak perlu menggunakan broker.

Macam Mana Nak Pilih Broker?

Di dalam Forex Simple Course saya sudah ada terang tentang apa yang anda perlu lihat apabila anda mahu memilih broker, secara asasnya kita mahukan broker yang mempunyai raputasi yang bagus serta service yang terbaik dan munkin juga jumlah minimum deposite kerana setenggah broker minimum deposite mereka agak tinggi dan ada juga yang rendah seperti $10 lebih kurang dalam RM50 kita.

Sekarang ini sudah ada banyak broker di luar sana jadi munkin ianya mungkin agak pening juga untuk memilih broker pertama anda.

Untuk tahu broker forex yang wujud diluar sana anda boleh saja google “Forex Broker” dan lihat berapa banyak jenis broker yang wujud.

Tetapi sekiranya anda nak simple dan tidak mahu stress untuk survey setiap broker tersebut anda saja gunakan broker yang saya sarankan, untuk tahu lebih lanjut tentang broker tersebut boleh baca review saya di sini.

– Akaun Demo

Sekiranya anda sudah pilih broker yang anda mahu guna, sekarang ini anda boleh daftar akaun demo di broker tersebut sebagai akaun untuk kita berlatih.

Seperti namanya akaun demo ini adalah ibarat trade menggunakan akaun yang sebenar tetapi ianya hanya matawang virtual kiranya bukan duit sebenar jadi tiada risiko buat anda sekiranya akaun tersebut menggalami kerugian.

Tetapi ada sesetenggah broker meletakan limit untuk akaun demo, kiranya akaun tersebut akan ada tempoh hari expired, selalunya 30 hari jadi selepas 30 hari akaun demo anda akan tamat tempoh dan anda perlu daftar akaun demo yang baru di broker tersebut.

Ada juga broker tidak meletakan limit atau expired untuk akaun demo, jadi anda munkin perlu semak dahulu tentang itu bersama pihak broker adakah mereka meletakan tarikh expired di akaun demo.

Saya sarankan anda baca artikel ini: Perbezaan Psikologi Antara Akaun Demo & Live Akaun

Ianya tentang cara yang sesuai untuk berlatih menggunakan akaun demo.

Sekiranya anda sudah berlatih di akaun demo dan sudah dapat menghasilkan profit di akaun tersebut munkin waktu itu baru sesuai untuk anda mula trade menggunakan akaun dengan duit yang sebenar.

Baca lagi di sini: 5 Tanda anda sudah bersedia untuk mula trade live akaun

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply