Peluang Swing Trade di Pair USD/CAD dan CAD/JPY

Hari ini kita akan lihat 2 pair matawang CAD yangm mungkin akan beri peluang swing trade setup. 2 pair tersebut adalah USD/CAD dan juga CAD/JPY.

USD/CAD

Untuk pair ini saya akan cuba fokus mencari peluang untuk buy.

Zone yang saya akan perhatikan pada harga 1.25548 – 1.25255 sebagai zone support pertama saya, buat masa ini saya masih sedang tunggu jika ada pullback ke zone tersebut.

Ada kemungkinan juga yang harga akan break zone pertama tersebut, jika betul, saya akan lihat zone kedua pula di harga 1.24932 – 1.24629, ini adalah 2 zone harga yang saya akan lihat untuk mencari peluang entry buy.

CAD/JPY

Di pair CAD/JPY saya akan fokus kepada peluang sell.

Zone harga yang saya akan lihat adalah 87.957 – 88.332, ianya agak luas sikit tapi ingat ini adalah peluang untuk swing trade.

Macam mana kalau harga tak sampai ke zone kita mahu entry?

Jawapan kepada soalan itu senang saja, anggap saja tiada peluang trade hahaha… memang market kadang-kadang akan bagi peluang untuk kita entry dan kadang-kadang tidak, jangan kejar market.

Jadi itu adalah analysis untuk pair USD/CAD & CAD/JPY berdasarkan pandangan saya terhadap market.

Seperti biasa jangan lupa untuk jaga risk management serta money management.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Admin

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

This Post Has 2 Comments

  1. amir

    usdcad….graf saya pun sama tuan….tunggu masa saja tuan….semoga berjaya….

    1. Admin

      Cuma saya jangkakan USD/CAD mungkin agak volatility minggu ni, kene berhati-hati sikit bila trade pair USD/CAD.

      Tapi apa-apa pun macam biasa jangan lupa untuk jaga risk bila trade 🙂

Leave a Reply