You are currently viewing Perbezaan Market Dari Segi Strategy

Perbezaan Market Dari Segi Strategy

Pernah tak anda terfikir kenapa sesetengah strategy trading ia berkesan di satu pasaran tetapi apabila anda guna strategy yang sama di pasaran yang lain ianya tidak berkesan.

Contoh trading strategy tersebut berkesan di pasaran forex tapi apabila digunakan di pasaran saham ianya tidak berkesan.

Satu lagi situasi dimana strategy trading tersebut berkesan di satu time frame tetapi apabila digunakan di time frame yang lain ianya tidak berkesan.

Hari ini kita akan lihat kenapa perkara seperti ini berlaku apa yang menjadi punca strategy trading tersebut tidak berkesan di pasaran lain atau di time frame yang berbeza.

[adrotate group=”2″]

Siapa Menggerakkan Pasaran?

Untuk ketahui kenapa situasi begini terjadi kita perlu tahu dahulu, siapa yang gerakan market ini.

Dalam kalangan retail trader kami biasa panggil golongan yang gerakan market ini sebagai “Big Player” atau “Big Boys”. Jadi siapa pula big player di dalam market ini?

Mereka biasanya golongan yang mengguruskan dana yang sangat besar seperti pihak bank, pension funds, hedge funds, syarikat-syakirat institusi besar.

Dalam setiap kalangan big player tersebut terdapat kemahiran mereka tersendiri. Untuk pergi lebih dalam, seorang trader tersebut bukan saja pakar dalam kelas aset pasaran yang tertentu bahkan juga pada pelbagai sektor lain.

Ianya amat jarang untuk kita jumpa seorang trader profesional lakukan trade di pelbagai sector dan pasaran yang berbeza dalam satu masa.

Dan trader profesional inilah yang selalu menggerakan pasaran kerana itu memang kerja harian mereka untuk melakukan transaksi jual beli di dalam pasaran.

Trader profesional juga adalah seorang manusia, ianya satu perkara yang biasa dimana manusia didorong oleh sifat keperibadian, selera risiko mereka, perwatakan setiap orang sudah tentu berbeza.

Inilah kunci untuk kita memahami kenapa pergerakan setiap market berbeza daripada satu sama lain.

Disebabkan trader profesional melakukan dagangan di pasaran yang sama setiap hari, kerana itulah kerja mereka, kita dapat melihat kenapa setiap pasaran bergerak secara berbeza.

Setiap Pasaran Itu Unik

Saya harap anda dapat paham apa yang saya cuba sampaikan di atas tentang macam mana big player atau trader profesional ini berinteraksi di dalam market.

Dua perkara dibawah kita akan lihat perbezaan di antara kelas aset yang berbeza, dan mengapa satu strategy tersebut tidak berkesan di pasaran yang berbeza.

1. Market Volatiliti

Tidak kesah ianya pasaran apa pun sama ada Forex, komoditi, krypto atau saham, ianya jelas bahawa setiap pasaran bergerak sangat berbeza antara satu sama lain.

Walaupun satu pasaran tersebut membuat pergerakan yang kuat tetapi akan ada pasaran lain yang bergerak dengan perlahan pada waktu yang sama.

Disebabkan cara pergerakan setiap pasaran berbeza, jika kita menggunakan satu strategy trading tersebut untuk pasaran yang berbeza biasanya akan membawa kepada hasil yang tidak konsisten.

Cara untuk kita memasuki trade atau cara kita mahu menetapkan stop loss dan take profit harus berubah mengikut keadaan pasaran tersebut.

[adrotate group=”2″]

2. Setiap Pasaran Boleh Mempengaruhi Pergerakan Pasaran Lain

Ramai trader yang sering anggap bahawa satu pasaran tersebut tiada kaitan dengan pasaran yang lain, contoh pasaran komoditi tidak akan terjejas jika apa-apa berlaku di dalam pasaran forex.

Tetapi sebenarnya pasaran kewangan ini saling berkaitan antara satu sama lain. Jika ada apa-apa berlaku di dalam sebuah pasaran tersebut ianya boleh menjejaskan pergerakan pasaran yang lain.

Menjadi seorang trader adalah lebih daripada hanya sekadar melihat chart untuk mengenal corak yang berlaku dan melihat crossover berlaku di indicator.

Seorang trader Forex harus sentiasa memantau pasaran ekuiti atau indeks.

Seorang trader pasaran komoditi harus memerhatikan pasaran mata wang dan perkembangan fundamental.

Apa Boleh Kita Buat?

Dengan ketahui semua itu, kita perlu sesuaikan diri di pasaran yang berbeza dan bukan sangkakan yang dengan sudah ada 1 strategy yang berkesan di satu pasaran itu tidak bermakna ia akan berkesan di pasaran yang berbeza.

Jadi macam mana kita boleh perbaiki trading stretegy kita untuk berkesan di pasaran yang berbeza?

[adrotate group=”4″]

1. Menjadi Pakar Dalam Pasaran Tersebut(Satu demi Satu)

Sebelum anda terus terjun dan trade pelbagai jenis pasaran yang berbeza, cuba untuk menjadi pakar atau mahir dalam satu pasaran dahulu.

Pilih gaya trading anda dahulu sama ada swing, scalper atau intraday trader kemudian pilih satu pasaran katakan anda pilih pasaran forex. Cuba untuk jadi seoarang yang mahir dulu di pasaran forex sebelum ceburi ke pasaran lain.

Sempurnakan strategy trading di pasaran pilihan anda dahulu, tahu di mana patut entry, tahu di mana nak letak stop loss, tahu cara untuk baca perubahan arah market.

Silap kebanyakan trader baru adalah mereka mahu ceburi pelbagai jenis market di awal perjalanan mereka seperti, forex, saham, matawang kripto, etc.

Maksud saya dengan menjadi mahir itu bukan dengan menjadi seoarang jutawan dengan berdagang dalam pasaran.

Tetapi anda hanya perlu menjadi trader yang konsistent di dalam market tesebut. Jika anda dapat hasil pulangan yang konsistent setiap bulan dari pasaran, itu maknanya anda sudah boleh di anggap sebagai seorang yang profesional.

2. Kaji Setiap Market Dengan Kaedah Berbeza

Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika satu strategy atau teknik tersebut berkesan di satu pasaran, itu tidak bermaksud yang ianya akan berkesan di pasaran lain.

Kita harus mengetahui kaedah mana yang berfungsi dengan baik dan bahagian mana yang memerlukan pengubahsuaian. Jadi kita perlu lakukan back-test bagi setiap pasaran dengan cara yang berbeza.

Sebagai contoh cara strategy kita meletakan stop loss mungkin berkesan untuk pasaran forex tetapi ianya tidak berkesan untuk guna cara yang sama di pasaran krypto.

Apa yang kita boleh buat adalah dengan mencuba dan ubah cara untuk kita letak aras stop loss tersebut ketika trade di pasaran krypto.

Bacaan Lain:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply