You are currently viewing Perbezaan Psikologi Antara Akaun Demo & Live Akaun

Perbezaan Psikologi Antara Akaun Demo & Live Akaun

Kita semua mesti pernah guna akaun demo sebelum mula trade menggunakan akaun live.

Tetapi pernah tak anda perasan kenapa bila trade menggunakan akaun demo prestasi kita hebat dapat kembangkan akaun demo tersebut, tetapi bila kita mula trade live akaun selalunya prestasi kita akan menurun dan losing trade kerap terjadi.

Ianya berpunca dari pada psikologi kita dan ini adalah 2 perbezaan psikologi antara demo akaun dengan live akaun.

Tiada Risiko Di Demo Akaun

Bila kita trade menggunakan demo akaun kita tahu yang duit dalam akaun tersebut bukannya duit sebenar atau wujud, kita tidak akan rugi apa-apa sekiranya akaun itu menggalami kerugian.

Walaupun ketika berlatih di demo akaun, kita perlu anggap yang akaun itu sebagai real akaun bayangkan yang ianya adalah duit sebenar.

Kerana kalau kita sudah terlalu biasakan diri dengan mentaliti demo akaun, bila kita sudah mahu mula trade ke live akaun ianya akan bagi tekanan kepada diri kita sebab bila kita mula trade menggunakan duit sebenar di situlah mentaliti kita akan menganggu dan ianya akan menjejaskan prestasi trading kita.

[adrotate group=”4″]

Emosi Apabila Trade Di Akaun Live

Benda pertama sekali munkin anda perasan apabila anda tukar dari trade akaun demo ke live adalah emosi kita.

Emosi kita akan berubah bila kita mula trade akaun live, kerana kita tahu yang sekiranya berlakunya kerugian itu adalah duit yang sebenar dan bukannya duit palsu.

Emosi yang biasa berlaku bila kita tukar dari demo ke live adalah ketakutan, takut untuk membuka posisi trade kerana takut dengan kerugian. Ramai trader lalui fasa ini bila mereka baru mula trade live akaun termasuk lah saya sendiri.

Cara untuk kita atasi masalah ini adalah dengan terima kenyataan yang risiko kerugian itu memang akan berlaku tidak kesah dalam apa-apa bidang perniagaan sekali pun risiko untuk rugi itu tetap ada, tetapi ianya tentang cara kita kurangkan kerugian tersebut.

Munkin sebab kita takut dengan kerugian itu kerana kita tidak percaya dengan analysis dan strategy kita sendiri, lakukan banyak back-test, berlatih lagi di demo akaun, trade akaun demo tersebut seperti akaun yang sebenar.

[adrotate group=”2″]

Ketika berlatih di demo akaun, cuba untuk jaga risk management, letak stop loss dan take profit walaupun hanya trade di demo akaun.

Berlatih juga untuk menjaga money management,buka saiz lot yang kecil, di demo memang kita boleh buka lot saiz yang besar tetapi bila mula trading di live akaun biasanya modal kita tidak sesuai untuk membuka posisi saiz lot seperti itu.

Kalau anda target untuk mula trade akaun sebenar dengan modal $200, cuba bila berlatih di akaun demo buka saiz lot yang bersesuaian dengan modal akaun $200 dengan berlatih seperti itu anda akan nampak sama ada anda berjaya kembangkan akaun demo tersebut ataupun tidak.

Sekiranya anda berjaya kembangkan akaun demo tersebut kenapa anda berasa ragu-ragu dengan strategy tersebut, anda perlu rasa yakin dengan analysis anda sendiri.

Selain itu kelebihan untuk anda berlatih seperti itu anda dapat bersedia dari segi mentality kerana anda tahu apa yang boleh dijangkakan apabila mula trade akaun sebenar.

Sebab lain kerana rasa takut adalah, takut kehilanggan kesemua duit modal akaun, ini munkin berpunca anda bermula dengan duit yang anda tidak sepatutnya hilang, munkin ianya adalah duit untuk bayar sewa rumah atau duit pembelanjaan makan.

Jangan sesekali mula dengan duit yang anda rasa tidak mampu untuk hilang, kerana ianya akan memberi tekanan kepada anda dan memang akan ganggu prestasi anda ketika trading.

Sekiranya anda mahu cara untuk kumpul modal mula trading anda boleh baca artikle di sini.

Artikel Lain Yang Anda Munkin Berminat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply