Bullish di EUR/NZD dan Juga CAD/CHF?

Selamat pagi

Ini adalah perkongsian analisa saya terhadap keadaan pasaran semasa. Dan minggu ini saya akan melihat potensi pergerakan bullish di pair EUR/NZD dan CAD/CHF.

CAD/CHF

Saya akan mencari peluang entry buy di pair CAD/CHF. Walaupun pair ini sudah berada lama dalam keadaan uptrend, saya masih tidak jangkakan pergerakan uptrend ini sudah tamat.

Masih terdapat potensi untuk berlaku lagi satu kenaikan sebelum market mula revesal.

Level Support #1: 0.74872 – 0.74767
Level Support #2: 0.74421 – 0.74269

Itu adalah 2 level support yang saya akan lihat untuk berlakunya price bullish rejection.

Saya akan lihat dan tunggu untuk harga sampai ke salah satu level tersebut, walaupun semalam harga sudah bergerak sebanyak 40 pip dari level support pertama.

Terdapat potensi untuk harga turun dan cuba semula di kawasan itu.

[adrotate group=”2″]

EUR/NZD

Di EUR/NZD juga saya menjangkakan pergerakan bullish trend.

Level Support Pertama: 1.61569 – 1.61138
Level Support Kedua: 1.60609 – 1.60296

Ini adalah 2 level support yang saya akan lihat. Jika berlakunya ciri-ciri bullish di kawasan ini mungkin menunjukan bahawa level support itu mungkin akan bertahan dan potensi entry yang bagus pada kadar risk reward yang rendah.

Ketika sedang menulis ini, harga sudah pun tiba di kawasan support pertama, jangan kejar market, tunggu dan sabar untuk datangnya peluang entry yang lebih bagus.

Market Recap

Ini adalah perkembangan pada analisa minggu lepas buat pair EUR/GBP dan AUD/USD

EUR/GBP

Pada minggu lepas saya menjangkakan pergerakan bearish atau potensi sell di pair ini.

Apa yang berlaku adalah market melakukan SnR breakout di kedua-dua level resistance dan berlakunya reversal. Saya ada alami sedikit kerugian di pair ini.

Tapi jika lihat pada hari Jumaat level resistance telah berubah menjadi support dan harga bertahan di situ sebelum melakukan kenaikan sebanyak 100 pips.

AUD/USD

Untuk analisa AUD/USD pula menjadi seperti jangkaan dimana harga telah melakukan pergerakan bearish yang kuat selepas harga tidak berjaya untuk tebus level resistance kedua.

Ini menyebabkan harga turun sebanyak 290 pips dalam tempoh 2 hari.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

This Post Has 2 Comments

  1. Akif

    Salam tuan, saya baru sahaja follow website tuan. Yang mana setiap hari saya akan cari bahan dalam website tuan utk korek ilmu tentang charts, theory dll. Agak kagum, tuan dapat ramal pergerakan chart. Mungkin tidak 100% betul, tetapi pergerakan yang tuan ramal minggu lepas utk AUD/USD boleh dikatakan sangat tepat.

    Saya sangat follow rapat news (fundamental analysis). Yang mana sepatutnya USD sangat strong. Dan saya jangkakan, ramalan tuan akan salah kali ni. Tapi jangkaan saya salah, di mana USD/AUD tiba2 bullish. Puas saya cari info fundamental/news utk kaitkan dengan kejadian ini. Apa yang saya jumpa, investor2 besar buat profit taking. Alasan tak dapat saya terima sebab biasanya investor besar (whale) buat profit taking pada hujung minggu. Bukan awal minggu.

    Soalan saya, bagaimana tuan dapat meramalkan keadaan ini? Guna indicator? atau ada news yang saya tak follow?

    Utk pengetahuan tuan, saya masih baru (kurang 2 tahun) dalam trading.

    Terima kasih utk ilmu tuan.

    1. Zul Khairul

      Waalaikumusalam,

      Terima kasih atas kata-kata baik serta semangat dari tuan, saya amat hargainya. Untuk menjawab soalan tuan ini pandangan saya:

      Saya untuk bab fundamental analysis tidak lah beberapa hebat, biasanya baca di economic calendar saja, dan jika lihat calendar memang data menunjukan USD sepatutnya lebih lemah berbandig AUD.

      Dalam erti kata lain sepatutnya apa yang berlaku di AUD/USD adalah pergerakan bullish lagi-lagi dengan keluaran data pada hari Jumaat yang menunjukan AUD mengguat, tapi apa yang berlaku adalah AUD menjadi lebih lemah berbanding USD.

      Kalau ikut sebab apa dari segi logic mungkin kerana whale sedang ambil profit, tapi alasan begitu tidak beberapa kukuh or berpuas hati. Mungkin memang itu yang berlaku, mungkin tidak.

      Mungkin juga disebabkan apa yang berlaku terhadap komoditi emas, kerana Australia adalah antara negara penggeluaran emas terbesar, no.2 tak silap saya selepas China. Jadi apa yang berlaku pada emas mungkin boleh menjadi punca kenapa AUD makin melemah juga.

      Macam saya katakan tadi saya bab fundamental tidak beberapa arif dan sememangnya dari segi fundamental menunjukan AUD lebih kukuh berbanding USD sepatutnya.

      Saya lebih kepada teknikal analisa approach. Jika dari segi teknikal, saya dapat lihat AUD sudah menjadi makin lemah berbanding USD, jika mahu dari segi logic nya boleh fikirkan begini.

      Harga sudah menjadi terlalu mahal dan apabila harga menjadi mahal lebih kurang orang mahu membelinya.

      Apa yang perlu market buat adalah beri discount atau jualan murah untuk menarik pembeli. Ibarat kita beli barang, mesti beli ketika adanya discount atau sale.

      Itu adalah cara saya melihat market, kerana pergerakan market hanyalah berdasarkan supply & demand serta emosi manusia.

      Untuk cara saya buat analisa pula adalah dengan menggunakan Price Action saja seperti di chart yang tuan lihat.

      Jika tuan ada sebarang soalan lagi, boleh saja balas comment ini.

Leave a Reply