Price Action vs Indicator Mana Lagi Hebat

Price Action vs Indicator Mana Lagi Hebat

Munkin perbalahan antara price action trader dan juga indicator trader antara peperangan yang sudah lama berlaku dalam kalangan trader, mana lagi bagus trade menggunakan indicator ataupun price action?

Ada yang menggatakan price action trading lebih bagus dari indicator dan ada juga orang katakan indicator lebih bagus daripada price action, jadi mana satu yang lebih bagus sebenarnya?

Hari ini kita akan senaraikan pros dan juga cons kedua-dua cara trading tersebut.

Kelebihan & Kelemahan Indicator

Indicator ini boleh difikirkan macam peralatan untuk trader melakukan analysis mereka.

Setiap indicator mempunyai formula cara kiraannya tersendiri, dengan meletakan  indicator di chart ia akan kira secara automatic dengan menggunakan maklumat daripada pergerakan harga yang sebelumnya untuk meramal arah pergerakan market akan datang.

Kelebihan Indicator

> Kemudahan

Indicator ini mudah saja untuk digunakan, kita hanya perlu letakan indicator tersebut di chart kemudian ia akan mula kiraannya secara automatic dan hasil kiraan tersebut akan dipaparkan dalam cara yang mudah untuk kita paham.

Contoh indicator moving average adalah indicator yang dapat membantu kita untuk tahu sekiranya market bergerak secara uptrend, downtrend atau sideways.

Jika kita lihat gambar contoh moving average di atas, kita dapat lihat yang moving average tersebut bergerak ke bawah dan harga berada di bawah moving average itu menunjukan market sedang berada dalam downtrend.

> Mudah Trade Di Phone

Kelebihan trade menggunakan indicator, ianya lebih mudah untuk trade menggunakan phone dengan menggunakan indicator berbanding price action.

Munkin ada yang sedang fikir yang “Price Action Boleh Apa Trade Di Phone”.

Ye betul tetapi ianya lebih banyak kerja sedikit kerana perlu scroll ke belakang untuk melihat peregrakan harga yang lepas, berbanding kalau guna komputer atau laptop kita akan nampak informasi di chart dengan lebih banyak sedikit.

Ini hanya pandangan saya.

> Tidak Makan Banyak Masa

Sekiranya trade menggunakan indicator biasanya masa tempoh yang kita perlu luangkan untuk melakukan analysis agak pendek dan tidak makan masa yang lama.

Contoh seperti strategy moving average crossover, jika kita lihat chart dan tiada crossover yang berlaku itu bermaksud tiada setup lagi yang berlaku, dan boleh lihat pair lain.

Jika price action kita perlu tanda dahulu level support & resistance, trenlines, etc. baru kita dapat tahu dimana level-level untuk kita trade.

Kekurangan Indicator

Walaupun bila baca di atas dapat lihat yang trade menggunakan indicator ini macam best tetapi ia masih ada kekuranggannya juga.

> Lagging

Indicator ini dikenali sebagai lagging berbanding price action, maksud lagging adalah ia beri trade signal agak lewat sedikit berbanding price action.

Ini disebabkan indicator menggunakan data daripada pergerakkan market yang sebelumnya, jadi hasil signal daripada indicator agak lewat sedikit.

Dari masa kesemasa akan ada waktu dimana signal berlaku tetapi market sudah bergerak jauh.

> False Signal

Salah satu masalah besar indicator adalah banyak false signal yang berlaku.

Selalunya apabila market bergerak dalam keadaan trend indicator ini bagus tetapi apabila market tidak bergerak dalam trend, indicator akan beri banyak false signal.

Munkin anda pernah dengar yang market hanya trend dalam hanya dalam 30%, jadi lebih daripada 70% market selalunya bergerak dalam keadaan sideways, dan ketika inilah kebanyakan strategy yang menggunakan indicator akan beri banyak false signal.

> Perlu Banyak Lakukan Testing

Terdapat beribu-ribu jenis indicator di luar sana, untuk jumpa yang bagus dan sesuai, anda perlu lakukan banyak backtest.

Kebanyakan masa anda akan habis di backtest indicator, itu tidak bermakna yang price action tidak perlu buat backtest. Price action juga makan masa untuk backtest, tetapi biasanya indicator akan makan masa yang lebih lama disebabkan terlalu banyak indicator diluar sana.

Serta kelemahan menggunakan custom indicator pula, satu perlu lakukan banyak testing, kedua anda tidak boleh menggunakan indicator tersebut di phone anda.

Sekiranya kita trade menggunakan platform metatrader di telephone, kita tidak boleh letak indicator custom di telephone kita.

Kita hanya boleh gunakan indicator yang sudah ada di dalam app MT4 tersebut.

Sekiranya kita mahu gunakan custom indicator, ianya hanya boleh digunakan di platform MT4 di komputer sahaja.

Kelebihan & Kelemahan Price Action

Price action traader bermaksud trader yang trade hanya dengan melihat pergerakan harga di chart tanpa menggunakan indicator untuk meramal pergerakan arah market.

Trader price action biasanya menggunakan alat seperti support dan resistance, trendlines, candlestick pattern untuk meramal pergerakan market.

Price action trading juga mempunyai kelebihan dan juga kekurangannya tersendiri.

Kelebihan Price Action

> Pantas Ikut Pergerakan Harga

Seperti anda sudah tahu indicator adalah lagging kita dapat tahu pergerakan arah market sedikit lambat, tetapi price action biasanya dapat tangkap pergerakan arah perubahan market dengan cepat berbanding indicator.

Contoh sekiranya market sudah sampai di area support kita boleh menjangkakan yang market munkin akan mula menjadi bullish, sekiranya kita menggunakan indicator biasanya selepas market sudah melantun dari area support baru kita dapat signal yang market mahu berubah arah.

> Kurang False Signal

Saya sudah berkongsi dengan anda sebelum ini yang market bergerak secara sideways dalam 70% dan ketika ini biasanya indicator agak susah untuk digunakan ketika trading.

Tetapi price action tidak ia lebih fleksibel sedikit berbanding indicator, ini tidak bermaksud yang price action tiada berlakunya false signal, dari masa kesemasa kita akan jumpa juga dimana harga tembus level SnR kita tetapi kemudian ia masuk semula ke level tersebut.

Tetapi kita boleh tapiskan false break tersebut dengan meletakan peraturan entry, contoh kita hanya entry apabila ada berlakunya candlestick pattern seperti Engulfing atau Hammer di area level Support atau Resistance.

> Chart Yang Bersih

Kelebihan trade menggunakan price action adalah kebersihan chart.

Kalau anda lihat di atas chart untuk price action lebih bersih berbanding indicator.

Ada juga trader yang hanya mengunakan dalam 1 atau 2 indicator sahaja dan itu masih ok lagi tetapi selalunya chart yang jenis agak penuh dengan pelbagai jenis indicator yang membuatkan chart kelihatan agak serabut.

Jadi keep it simple kalau mahu gunakan indicator cuba limitkan untuk guna 2 atau 3 indicator sahaja.

Tetapi dengan trade menggunakan price action biasanya chart kita akan kelihatan lebih kemas dan segak, mudah untuk melihat pergerakan harga.

Kekurangan Price Action

> Susah Untuk Trade Di Phone

Apabila trade menggunakan price action ianya agak susah juga untuk membuat analaysis di screen yang kecil, ia munkin bergantung kepada strategy masing-masing.

Tetapi kalau berdasarkan strategy saya, biasanya saya perlu melihat chart di screen besar seperti di komputer untuk mendapat sebanyak maklumat tentang market yang saya boleh.

Kalau menggunakan phone saya perlu scroll ke belakang dan agak leceh sedikit tetapi kalau menggunakan screen di komputer ianya lebih mudah.

> Makan Masa Untuk Melakukan Analaysis

Untuk price action trading ianya akan makan masa sedikit untuk melakukan analysis kerana kita perlu marking area support dan resistance, kemudian munkin tambah trendlines, dan prosess itu perlu diulang di setiap pair yang kita mahu trade.

Jika indicator biasanya bila sudah plot di satu pair itu, terus automatic bila kita buka chart lain ia akan ada juga, jika di platform metatrader di telephone, kalau di komputer boleh saja load template yang kita sudah sediakan.

> Ambil Masa Untuk Mahir

Untuk menjadi mahir trade menggunakan price action ia akan ambil sedikit masa, tetapi seperti saya katakan tadi ianya tidak selama seperti menggunakan indicator kerana terdapat banyak jenis indicator di luar sana.

Kalau price action kita hanya perlu mahirkan diri untuk tahu cara untuk tanda level support dan resistance dengan betul, cara untuk marking trendlines, dan munkin hafal jenis-jenis chart pattern yang ada.

Kesimpulan

Candlestick ialah alat untuk mengambarkan maklumat harga pada carta anda, indicator mengambil maklumat daripada paras harga yang sama dan tambah sedikit formula kiraan kepadanya.

Sebenarnya indicator dan juga price action tiada perbezaan sangat pun, indicator meramalkan pergerakan market dengan menggunakan fomula kiraan berdasarkan paras harga masa lampau.

Yang penting adalah untuk kita menggunakan system trading yang sesuai dengan diri kita, ada orang mereka lebih sesuai untuk trade menggunakan indicator berbanding price action begitu juga di sebaliknya.

Jadi itulah pandangan saya sendiri tentang perbezaan di antara price action dan juga indicator, sekiranya anda ada rasa mahu berkongsi penggalaman anda trade menggunakan cara price action atau indicator, boleh berkongsi di ruang komen di bawah 🙂

Bacaan Lain Anda Mungkin Minat:

Leave a Reply