Apakah Rahsia Untuk Berjaya Dalam Forex Trading

Apakah Rahsia Untuk Berjaya Dalam Forex Trading

Hari ini kita akan lihat 6 perkara yang tidak susah pun untuk dilakukan supaya anda boleh berjaya dalam forex trading ini.

Saya tidak akan cakap benda yang biasa orang katakan seperti jaga lot saiz, risk management semua itu, sebab anda mesti sudah biasa dengar dan tahu tentang perkara itu.

Di artikle kali ini saya akan terangkan faktor lain juga yang main peranan, perkara ini biasanya orang pandang remeh tetapi ia sebenarnya memainkan peranan juga untuk anda berjaya dalam trading ini.

Jadi mari kita lihat apakah 6 rahsia tersebut.

1) Terus Mencari Ilmu

Benda pertama sekali untuk kita berjaya dalam apa-apa bidang sekali pun adalah dengan mempunyai ilmu penggetahuan yang mendalam tentang subjek itu ini termasuklah dalam forex trading.

Kalau anda mula dengan tidak mempunyai ilmu tentang market, risiko untuk anda rugi dan kehilanggan semua modal anda lebih besar.

Jadi cuba untuk mencari ilmu tentang market forex ini dengan lebih mendalam, berlatih dahulu di akaun demo dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan tetapi saya sarankan berlatih selama setahun.

Kalau anda fikirkan yang ianya tempoh yang lama, jangan risau market forex ini tidak akan kemana-mana jadi bersabar dan teruskan mencari ilmu dan berlatih sebelum mula trade live akaun.

Anda perlu fikir juga untuk menjadi seorang doctor ambil masa lebih dari 8 tahun, untuk menjadi seorang lawyer ianya ambil tempoh masa 7 tahun.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah, untuk menjadi seoarang trader yang konsistent ia akan mengambil masa, bukannya dalam seminggu atau sebulan belajar anda sudah boleh menjadi full time trader, sama seperti kerjaya yang lain ianya akan ambil masa untuk belajar dan mahir.

2) Cari Rakan & Sertai Komuniti Trading

Untuk mencari seorang kawan ini memang sifat manusia, semua orang mahukan seorang kawan, jadi apa kaitan dengan mencari kawan dalam forex trading?

Maksud saya dengan mencari kawan bukannya kawan yang untuk lepak-lepak borak pasal bola tetapi cari kawan dalam bidang forex trading ini juga, sertai mana-mana group di facebook atau forum, kenal-kenal dengan mereka dan sekali sekala ajak jumpa dan trade bersama.

Kenapa anda perlu ada kawan dalam trading ini?

Ianya sebab anda boleh membantu antara satu sama lain, munkin orang itu ada ilmu tentang market yang kita tidak tahu dan sama juga munkin kita ada ilmu tentang market yang dia tidak tahu, jadi kita boleh berkongsi ilmu tersebut.

Mempunyai rakan dalam trading ini tidak bermaksud anda akan terus berjaya dalam trading ini, tetapi ianya untuk mempercepatkan proses pembelajaran anda.

Kalau anda seperti saya yang jenis bergerak solo, belajar sorang-sorang ianya tiada masalah pun, tetapi proses pembelajaran kita pun akan menjadi sedikit perlahan berbanding mempunyai rakan trading.

3) Cari Seorang Mentor

Mempunyai seorang mentor sama juga seperti mempunyai seorang rakan dalam bidang trading ini yang bezanya ialah seorang mentor merupakan seorang yang sudah lama dan berilmu dalam bidang tersebut.

Kalau anda sudah ada rakan trading itu bagus tetapi kalau mempunyai seorang mentor lagi bagus kerana mereka dapat membimbing kita kerana beliau lebih banyak penggalaman yang boleh dikongsikan kepada kita.

Tetapi anda perlu ingat yang perlu berhati-hati apabila memilih mentor kerana sekarang ini sudah banyak berlaku kes penipuan dan kebanyakkan mentor hanya mahukan duit anda daripada membimbing anda.

4) Terus Perbaikikan Diri

Cuba untuk terus perbaikikan diri anda, sekiranya anda alami lossing trade berturut-turut cuba untuk rehat dari trading dahulu dan tenangkan diri anda.

Kemudian cuba lihat semula trade tersebut dan lihat apa yang berlaku, adakah anda buka posisi trade disebabkan emosi, atau munkin anda terlepas pandang sesuatu, saya tahu sebab saya sendiri pernah alami situasi macam ini dimana saya ada terlepas pandang dan market bergerak bertentanggan dari arah yang saya jangkakan.

Sekiranya ianya adalah masalah emosi seperti F.O.M.O, atau tamak, anda perlu cuba belajar untuk kawal emosi anda dahulu, ingat trading ini bukan hanya berdasarkan strategy atau indicator tetapi emosi juga memainkan peranan besar dalam trading.

Jadi cuba untuk kawal emosi semasa trading.

Anda boleh baca artikle tentang emosi yang bahaya dalam forex trading dan macam mana anda boleh atasi masalah tersebut di sini: Emosi Yang Bahaya Dalam Trading.

5) Tahu Tujuan Anda

Anda perlu mempunyai tujuan, sebab apa anda mahu mula trading forex ini, adakah untuk mencari income tambahan, atau mahukan kebebasan tidak mahu kerja di pejabat dan mahu jadikan income trading ini sebagai full time.

Apapun sebab kenapa anda mahu mula trading, anda perlu ingat sebab tersebut, kerana sebab itulah yang akan dapat membantu kita untuk kekal semangat untuk teruskan perjalanan kita.

Pernah tak anda jumpa orang yang berjaya dalam sesuatu bidang itu tanpa tujuan?

Mesti tidak pernahkan, kebanyakan orang yang berjaya mesti tahu sebab tujuan dia untuk teruskan usaha dia dan tidak menggalah.

Baca lagi tentang ini di artikel: Cara Untuk Kekal Bermotivasi Dalam Forex Trading.

6) Jangan Mengalah

Yang ini munkin sudah tentu la, tetapi ianya memang amat penting untuk anda tidak mengalah dengan cepat, sekiranya anda mengalami lost yang berturut-turut jangan mengalah atau munkin akaun anda MC jangan mengalah.

Untuk berjaya dalam sesuatu bidang itu ianya bukan mudah ia akan makan masa yang lama dan biasanya perjalanan tersebut agak pahit.

Tetapi selepas anda berjaya rempuh semua halanggan tersebut percaya lah anda akan rasa bersyukur sangat sebab anda tidak mengalah.

Saya tahu sebab saya sendiri alami situasi macam ini, bertahun saya berkorban untuk mencari ilmu dan belajar tentang trading ini sebelum saya berjaya.

Ye munkin anda ada baca atau dengar cerita yang ada orang berjaya dalam forex trading ini dalam tempoh jangka masa yang pendek, itu razeki dia, sifat dan razeki setiap orang berbeza.

Jadi jangan mengalah, sekiranya anda ragu-ragu ingat balik semua sebab kenapa anda mahu mula trade forex ini.

Cuba baca kesah trader yang sudah berjaya munkin ianya akan dapat memberikan motivasi kepada anda untuk teruskan perjuangan.

Kesimpulan

Dari masa kesemasa memang perasaan ragu-ragu tentang munkin trading ini tidak sesuai untuk kita, tetapi kalau anda tidak mengalah dan tahu tujuan anda ianya tidak mustahil untuk anda berjaya dalam bidang forex trading ini.

Jadi jangan menggalah cuba cari kawan-kawan, atau seorang mentor yang dapat membantu anda dalam industri ini serta berkongsi ilmu dan penggalam ianya munkin dapat membantu anda untuk terus berusaha untuk mencapai sasaran anda.

Saya ada soalan untuk anda, sudah berapa lama anda dalam bidang trading ini setahun, dua tahun atau anda masih baru lagi dalam trading ini, boleh berkongsi kesah anda di ruang komen di bawah 🙂

Artikel Lain Anda Munkin Minat:

Leave a Reply