You are currently viewing XM Malaysia Broker Review 2021

XM Malaysia Broker Review 2021

Sebelum kita memilih broker kita perlu tahu latar belakang company tersebut. Jadi ini adalah review tentang broker XM.

Broker XM munkin antara broker yang paling dikenali oleh trader, broker ini sudah lama beroperasi sejak 2009 lagi, kiranya mereka sudah 12 tahun mereka beroperasi.

Ketika menulis review ini broker XM sudah miliki sebanyak 2,500,000 juta klien dari 196 buah negara dan lebih daripada 2.4 billion dagangan yang sudah diambil oleh klien mereka, jadi broker XM ini memang besar.

– Latar Belakang Broker XM Malaysia

Syarikat di belakang jenama XM, adalah Trading Point of Financial Instruments UK Limited yang ditubuhkan pada tahun 2009 dan setelah 10 tahun mereka beroperasi mereka telah menjadi salah satu broker terbesar dan dikenali ramai trader.

Mereka mempunyai klien sebanyak 2.5 juta di 196 negara di seluruh dunia.

– Regulation

XM diregulate oleh beberapa buah regulation, tetapi apa yang saya kagum adalah mereka mempunyai 2 lesen daripada regulation tier-1.

Ada 3 jenis tier, tier-1, tier-2 & tier-3.

Maksud tier-1, tier-2 & tier-3 adalah tahap kepercayaan agency regulation tersebut dimana tier-1 bermaksud sangat tinggi, tier-2 adalah biasa-biasa, dan tier-3 adalah paling rendah.

Untuk mendapat regulation daripada tier-1 mereka perlu mematuhi syarat untuk mendapat kelayakan, dan apa yang saya boleh katakan adalah untuk mendapat lesen di tier-1 bukannya mudah, tetapi XM memiliki 2 lesen daripada tier-1 itu menunjukkan yang broker XM ini memang kuat.

Ini adalah senarai lesen regulation yang dimiliki oleh broker XM:-

Tier-1: Australian Securities & Investment Commission (ASIC), No Lesen: 443670.

Tier-1: Financial Conduct Authority (FCA), No Lesen: 538324.

International Financial Services Commission (IFSC), No Lesen: 000261/158.

Cyprus Securities and Exchange Commission (CySec), No Lesen: 120/10.

– Jenis Akaun Yang Ditawarkan

XM menawarkan 4 jenis akaun iaitu Akaun Micro, Standard akaun, XM Ultra Low & Shares Akaun.

[Akaun Micro]

Di akaun micro anda boleh guna matawang USD, EUR, GBP, JPY, CHF, AUD, HUF, PLN, RUB, SGD & ZAR, sebagai matawang rasmi akaun anda.

Maksudnya sekiranya anda memilih EUR sebagai matawang akaun anda, jadi semua baki di dalam akaun trading anda adalah dalam berbentuk EURO, kalau anda pilih JPY jadi baki akaun anda dalam bentuk Japan Yen. Tetapi biasanya orang akan memilih USD sebagai matawang rasmi akaun mereka.

Spread untuk pair matawang EUR/USD di akaun micro adalah 1.6 pip, dan jumlah minimum deposite untuk membuka akaun micro adalah $5.

[Akaun Standard]

Standard akaun semuanya sama seperti di akaun micro, tidak mempunyai bayaran komisyen, spread bermula dari 1 pip, minimum deposite adalah $5.

Yang beza hanya saiz kontrak, di standard akaun ianya adalah standard lot 100,000 unit.

[XM Ultra Low]

Akaun ini anda hanya boleh guna matawang EUR, USD, GBP, AUD, ZAR & SGD sebagai matawang rasmi akaun anda.

Apa yang menariknya akaun ini adalah spreadnya yang amat rendah, serendah 0.6 pip memang sesuai sekiranya anda adalah scalper.

Akaun ini ada 2 jenis Ultra Low Standard atau Ultra Low Micro, yang beza antara dua itu adalah saiz kontrak setiap 1 lot.

Standard = 100,000/Lot

Micro = 1000/Lot

Jumlah minimum untuk membuka akaun ini adalah $50.

[adrotate group=”4″]

[Shares Akaun]

Ini adalah akaun yang disediakan oleh broker XM untuk mereka yang trade saham.

Matawang yang boleh gunakan hanya dalam bentuk USD dan minimum deposite adalah $10,000.

[Islamic Akaun]

Akaun islamic atau akaun bebas swap juga disediakan oleh broker XM, dan akaun yang boleh menggunakan keistimewaan ini adalah di kesemua jenis akaun di atas tersebut.

Jadi sekiranya anda beragama islam anda boleh saja mohon untuk jadikan akaun anda kepada islamic akaun.

Apa yang saya sukakan tentang broker XM ini adalah mereka tidak menukarkan caj swap kepada bayaran komisyen.

Maksud saya sesetengah broker mereka memang menawarkan akaun bebas swap tetapi mereka akan meletakan caj bayaran komisyen, di XM tidak, mereka tidak ambil sebarang caj komisyen sekiranya anda menggunakan akaun bebas swap, anda boleh baca lagi tentang ini di website XM tentang Islamic Akaun.

Sekiranya anda mahu mohon islamic akaun, selepas anda sudah mendaftar akaun, anda boleh login ke akaun anda di website rasmi broker, dan di belah atas anda akan nampak butang “LIVE CHAT” anda klik saja di situ dan beritahu customer support tersebut yang anda mahu mohon islamic akaun.

Di XM anda boleh membuka sebanyak 8 akaun di bawah email yang sama, maksudnya sekiranya anda sudah mempunyai standard akaun, anda boleh buka akaun standard lagi satu atau jenis akaun yg lain contoh seperti akaun XM Ultra Low.

– Cara Pembayaran & Penggeluaran

Ada pelbagai jenis cara pembayaran dan juga pengeluaran yang anda boleh pilih di broker ini seperti, Kredit Kad atau Debit Kad, Online Bank Transfer, E-Wallet & Matawang Crypto.

Anda boleh lihat gambar di bawah untuk melihat semua jenis pembayaran yang disokong oleh XM.

Jika anda mahu guna Online Bank Transfer, ini adalah bank yang anda boleh guna di XM:

  1. CIMB Bank
  2. Hong Leong Bank
  3. Maybank
  4. Public Bank
  5. RHB Bank

– Spread

Ianya penting untuk anda tahu bahawa XM hanya menggunakan variable spread di semua jenis akaun mereka, sama seperti pasaran forex interbank.

Spread berbeza-beza bergantung pada jenis akaun yang dibuka.

Sebagai contoh spread untuk pair EUR/USD di standard akaun kebiasaanya dalam 1.6 pip, tetapi di akaun XM Ultra Low ianya 0.6 pip.

XM adalah antara broker yang menawarkan spread yang terendah berbanding broker lain.

– Instrumen Dagangan

XM menawarkan 6 jenis aset yang melebihi daripada 1000 instrumen untuk didagang seperti stock, komoditi, forex, Indeks, dan banyak lagi.

– Trading Platform

Platform dagangan yang ditawarkan oleh XM adalah MT4 dan MT5.

Kedua-duanya platform tersebut agak terkenal dan digunakan kebanyakan trader serta boleh guna di computer serta smartphone anda.

Sekiranya anda masih baru saya ada sediakan tutorial tentang cara guna platform metatrader 4.

– Bonus

1) No Deposite Bonus (NDB)

Bonus $30 diberikan oleh pihak broker kepada anda sebagai support margin untuk anda mula trade.

Anda tidak boleh withdrawal $30 tersebut, saya tahu ada yang terfikirkannya, tetapi profit daripada hasil anda trade menggunakan bonus tersebut boleh dikeluarkan.

Bonus $30 tersebut akan kekal dalam akaun selagi anda tidak withdrawal profit anda 100%, apa maksud saya?

Ini satu contoh katakan anda trade dengan bonus $30 tersebut anda berjaya dapat profit $50 di dalam baki akaun trading anda, ini tidak termasuk dengan credit bonus $30.

$50 tersebut adalah profit anda.

Apabila anda withdrawal $25 itu adalah 50% daripada jumlah baki akaun anda, jadi credit bonus $30 anda akan kurang menjadi $15, 50% daripada jumlah penggeluaran anda.

Klik Sini untuk tutorial cara untuk anda claim bonus $30 tersebut.

Perhatian bonus ini hanya untuk pelanggan baru di XM maksudnya sekiranya anda masih tiada akaun di XM anda boleh mohon bonus ini.

2) Deposite Bonus

Ini adalah deposite bonus, maksudnya daripada jumlah anda deposite ke dalam akaun, anda akan terima kredit tambahan daripada pihak broker sebagai support margin.

Jumlah maksima yang anda boleh dapat daripada bonus ini adalah $5000.

$500 di 50% dan $4,500 di 20% deposite bonus.

Contoh sekiranya anda deposite $100 ke dalam akaun, anda akan terima bonus sebanyak $50(50% dari jumlah deposite) yang akan di kreditkan ke akaun anda sebagai support margin.

Tetapi jika anda sudah terima kesemua $500 deposite bonus 50%, sekiranya anda deposite lagi ke dalam akaun, anda akan terima 20% deposite bonus dari jumlah deposite anda sehingga lah jumlah terkumpul $4,500.

3) Program Kesetiaan

Broker XM ada melancarkan satu program bernama Program Kesetian XM, program ini adalah apabila anda trade anda akan terima XMP(XM Points) dan point tersebut akan menambah dana ke akaun dagangan anda tetapi hanya untuk tujuan dagangan sahaja dan tidak boleh dikeluarkan.

Sebarang keuntungan yang dihasilkan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, walaubagaimanapun, setiap pengeluaran dana akan menyebabkan sebahagian daripada bonus dagangan anda ditolak, boleh rujuk gambar dibawah contoh kiraan.

– Khidmat Pelanggan

XM dikenali sebagai mempunyai khidmat pelanggan yang cekap dan terbaik, biasanya waktu respond mereka tidak ambil masa yang lama.

Dengan menyokong lebih daripada 30 bahasa, ini termasuk bahasa melayu jadi anda tidak perlu bersusah payah kene cakap bahasa english dan buka google translate.

Tetapi khidmat pelanggan hanya ada pada hari isnin hingga jumaat sahaja, dan antara perhidmatan yang anda boleh gunakan untuk hubungi khidmat pelanggan adalah melalui Live Chat, Email & Phone.

– Anugerah

Broker XM telah memenanggi pelbagai anugerah antaranya “Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Global 2019”, “Penyedia Perkhidmatan FX Terbaik”, “Pendidikan dan Penyelidikan Pasaran Terbaik Global 2019”.

– Kesimpulan

Broker XM menawarkan pelbagai jenis bonus kepada pelanggan mereka dan mereka sudah beroperasi melebihi 10 tahun serta mempunyai dua lesen daripada tier-1 regulation yang menunjukan betapa kuatnya broker ini.

Jadi adakah saya sarankan broker ini?

Sememangnya Ye saya sendiri pun sudah menggunakan broker xm ini sudah bertahun dan tiada masalah langsung ketika saya trade bersama broker XM.

Jadi ini adalah apa yang saya rasa kelebihan & kekurangan broker XM:

Kelebihan:

  • Mempunyai 2 Lesen Daripada Tier-1 Regulation.
  • Spread Yang Kecil Berbanding Kebanyakan Broker Lain Diluar Sana.
  • Tawaran Bonus Yang Bagus.
  • Khidmat Pelanggan Yang Cemerlang & Kelajuan Respond Yang Bagus.
  • Banyak Pilihan Akaun Yang Anda Boleh Pilih.

Kekurangan:

  • Hanya menawarkan platform seperti metatrader 4 & metatrader 5, secara peribadi saya mahukan mereka untuk melancarkan trading platform mereka tersendiri agar trader mendapat banyak pilihan platform.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply