Potensi Swing Trade di EUR/JPY dan USD/CHF

Selamat pagi dan selamat sejahtera,

Minggu ini kita akan lihat 2 pair matawang yang berpotensi memberikan peluang swing trade.

Tapi sebelum  kita lihat analisa minggu ini, mari lihat prestasi analisa pada minggu lepas di pair GBP/JPY dan NZD/CAD.

Trade Recap

GBP/JPY – Update

Saya menjangkakan berlakunya penurunan di pair GBP/JPY pada minggu lepas. Pada tarikh 3/03, market telah sampai ke zone resistance pertama dan nampaknya harga bertahan di zone tersebut dan kemudian membuat pergerakan penurunan yang drastik.

Pair GBP/JPY  turun sebanyak 300 pip dalam tempoh masa 2 hari. Pergerakan ini mungkin berpunca kepada para pelabur lari kepada aset yang lebih selamat seperti mata wang JPY kerana situasi yang agak tegang diantara Russia dan juga Ukrain.

NZD/CAD – Update

Untuk pair NZD/CAD saya menjangkakan pergerakan bullish atau uptrend pada minggu lepas. Terdapat 2 level support yang ditandakan dimana saya jangkakan market untuk bertahan.

Seperti GBP/JPY juga, harga telah sampai dan bertahan di level support pertama pada 3/03 juga. Selepas harga bertahan di level tersebut pair ini telah membuat kenaikan sebanyak 180 pip dalam masa 2 hari.

Minggu lepas pergerakan market agak drastik disebabkan situasi peperangan dan ketegangan situasi di Europe.

Jadi mari kita lihat analisa pasaran pada minggu ini pula macam mana.

Bullish Di USD/CHF

Saya akan lebih fokus untuk mencari peluang pergerakan bullish di pair USD/CHF. Ketika ini harga sedang berada di level zone pertama 0.91794 – 0.91629, level ini memberikan potensi untuk harga bertahan dan mula membuat pergerakan bullish.

Tapi jika market bergerak melebihi zone pertama tersebut, saya akan lihat pula zone 0.91083 – 0.90904, level ini akan menjadi sebagai zone support kedua jika harga gagal untuk bertahan di zone pertama.

Jika terdapat ciri-ciri bullish yang berlaku di zone tersebut mungkin menunjukan kemungkinan harga akan bertahan di kawasan tersebut.

[adrotate group=”2″]

Swing Short EUR/JPY

Pair EUR/JPY telah berada dalam keadaan downtrend sejak bulan febuari hari itu dan saya masih tidak jangkakan pergerakan bearish ini sudah tamat, tapi masih terdapat peluang pair ini akan teruskan pergerakan penurunan pada minggu ini.

Tetapi dengan paras harga sekarang ianya tidak bijak untuk membuka sell di kawasan tersebut kerana terdapat risiko dimana market mungkin akan membuat pergerakan bullish sementara waktu sebagai pullback ke kawasan resistance.

Level resistance pertama yang saya akan lihat adalah di 127.382 – 127.753, ini adalah zone potensi untuk menjadi zone resistance pertama kita. Jika harga menunjukan ciri-ciri bearish di kawasan ini, ianya mungkin potensi trade yang bagus.

Tapi jika harga bergerak melebihi dari paras zone itu, saya akan cuba lihat kawasan 128.291 – 128.649, ini adalah kawasan resistance kedua dimana pasaran mungkin akan bertahan sebelum sambung semula pergerakan penurunan mereka.

Apa-apa sekali pun, jangan lupa untuk menjaga tahap risiko ketika trading. Dengan keadaan sekarang pasaran mungkin akan membuat pergerakan drastik secara menggejut. Sila berhati-hati.

Segala analisa di website ini adalah hanya pandangan semasa saya terhadap market. Segala dagangan yang anda lakukan adalah atas faktor risiko anda sendiri.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply