Chart Teknikal Analisa Pair AUD/USD dan juga EUR/JPY

Selamat Pagi,

Ini adalah analisa chart untuk pair AUD/USD dan juga EUR/JPY pada minggu ini. Sebelum itu sila fahami tentang risiko yang ada di dalam trading:

Trading adalah satu risiko yang tinggi dan anda boleh kehilangan kesemua modal anda. Kesemua analaysis di sini adalah hanya pandanggan saya terhadap pasaran.

Segala Trade Yang Anda Ambil atau Lakukan Adalah Atas Faktor Risiko Anda Sendiri.

AUD/USD

Pair AUD/USD telah melakukan kenaikan sebanyak 200 pips dalam tempoh masa 2 minggu yang lepas. Tetapi saya masih menjangkakan pergerakan uptrend ini masih belum tamat dan masih terdapat ciri-ciri untuk AUD/USD akan meneruskan pergerakan bullish mereka.

Ketika ini harga sedang berada berdekatan dengan level support pertama kita di 0.71175 – 0.71071, jika terdapat ciri-ciri yang menunjukan level ini akan bertahan di harga tersebut ianya mungkin peluang trade dengan kadar risiko yang bagus.

Tetapi jika harga membuat keputusan untuk bergerak lebih dari zone pertama, saya akan melihat zone support kedua pula di 0.70804 – 0.70675 ini adalah zone support yang terdekat selepas 0.71175 – 0.71071, jika berlaku ciri-ciri bullish mungkin bermaksud level itu akan bertahan sebagai level support untuk harga mula sambung bergerak ke arah uptrend.

[adrotate group=”2″]

EUR/JPY

Sejak mulanya bulan feb tahun ini pair EUR/JPY telah membuat pergerakan kenaikan yang mendadak. Jumlah kenaikan yang dilakukan di pair ini dalam 400 pip, ianya satu pergerakan yang kuat kerana ia hanya berlaku dalam tempoh 2 minggu.

Tapi saya menjangkakan pergerakan menaik telah mula melemah serta sudah tamat dan bearish telah berjaya menggawal. Ketika keluaran data berkenaan USD pada minggu lepas telah membuatkan pair EUR/JPY jatuh sebanyak 200 pip, separuh daripada pergerakan kenaikan sebelumnya dalam tempoh sehari.

Apa yang saya sedang tunggu ketika ini adalah untuk harga bergerak ke zone resistance. Ketika ini harga sedang berada di zone resistance pertama 131.234 – 131.448, jika terdapat ciri-ciri level ini akan bertahan ianya mungkin satu peluang trade yang bagus dengan kadar risiko yang tidak terlalu tinggi.

Jika harga mahu bergerak melebihi level resistance pertama, saya akan lihat pula level di 132.026 – 132.233, jika harga bercadang untuk mula bergerak di level iniĀ  kemungkinan chart pattern reversal head and shoulders sedang berlaku di pair EUR/JPY.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply