Teknikal Analisa Chart Pair GBP/JPY dan NZD/CAD

Selamat Pagi,

Pada minggu lepas pergerakan market agak tegang disebabkan peperangan yang sedang berlaku diantara negara Ukraine dan Russia.

Pada minggu ini juga saya masih jangkakan pergerakan pasaran masih lagi agak tidak tenang disebabkan isu peperangan tersebut dan pada masa yang sama terdapat beberapa keluaran data yang penting pada minggu ini seperti NFP(Non Farm Payroll), kadar GDP negara Canada, kadar inflasi Europe dan banyak lagi.

Jadi sila berhati-hati dengan pasaran minggu ini, pergerakan turun naik pasaran mungkin agak susah untuk dijangka. Walau bagaimana pun, saya akan perhatikan pada 2 pair iaitu GBP/JPY dan NZD/CAD kerana dua pair ini memberikan petunjuk untuk potensi trade yang bagus.

GBP/JPY

Pair pertama saya akan lihat adalah GBP/JPY. Saya menjangkakan pair JPY akan lebih kukuh berbanding GBP, dengan keadaan pasaran sekarang mungkin ini berpunca dari ramai pelabur lari ke aset Safe Haven seperti emas dan juga mata wang JPY.

Level yang saya akan perhatikan adalah 155.063 – 155.314, ini adalah level resistance pertama yang saya akan lihat untuk mencari peluang entry sell jika berlakunya setup entry.

Tetapi jika harga bergerak melebihi paras level resistance ini, saya akan lihat level resistance kedua pula di 155.560 – 155.856, kedua-dua level ini adalah level yang kuat di mana kemungkinan harga akan bertahan.

[adrotate group=”2″]

NZD/CAD

Untuk pair NZD/CAD saya jangkakan pergerakan bullish akan berlaku. Level yang saya akan lihat adalah 0.85375 – 0.85204, jika terdapat ciri-ciri bullish yang berlaku di sekitar zone ini ianya mungkin satu peluang setup entry yang bagus.

Tapi jika harga bergerak lebih dari zone support tersebut saya akan lihat riaksi market di zone kedua pula di 0.84951 – 0.84783, ini adalah zone support kedua yang harga mungkin akan bertahan sebelum mula pergerakan bullish.

Seperti biasa pesanan saya adalah untuk sentiasa jaga risiko dan juga money management agar tidak ambil risiko terlalu tinggi.

Trading mempunyai risiko dimana kita boleh kehilangan modal kita. Jadi sila berhati-hati ketika trading dan segala analisa di website ini adalah hanya pandangan semasa saya terhadap market. Segala dagangan yang anda lakukan adalah atas faktor risiko anda sendiri.

[adrotate group=”4″]


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply