You are currently viewing Tip Untuk Trader Baru

Tip Untuk Trader Baru

Jika anda baru saja mahu mulakan perjalanan sebagai seorang trader. Ini adalah tip untuk trader baru perlu tahu kerana ia mungkin dapat membantu di pemulaan perjalanan anda sebagai seorang trader.

– Pilih Market

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis aset yang anda boleh melabur seperti saham, forex, ETF, kripto dan macam-macam lagi.

Mungkin anda juga keliru antara semua tu, yang mana satu patut anda pilih?

Ianya lebih bergantung kepada berapa modal anda, adakah anda ingin melabur hanya untuk maksimakan simpanan anda atau adakah anda mahu mendapat duit tambahan setiap bulan.

Sekiranya anda mahu maksimakan simpanan anda saya sarankan untuk melabur dalam pasaran saham atau ETF atau indeks, kerana ianya lebih selamat dan stabil.

Jika anda ingin untuk melabur kerana ingin dapat pembelanjaan tambahan setiap bulan saya sarankan pasaran forex atau kripto kerana lebih banyak pergerakan di dalam pasaran tersebut. Tetapi apa-apa pun anda perlu ingat tentang risiko yang boleh berlaku apabila mula melabur dalam pasaran kewangan.

Belajar Trade Forex dari A hingga Z, 100% PERCUMA.

– Peralatan Trading

Untuk mula berdagang di dalam pasaran kewangan anda tidak memerlukan peratalan yang mahal atau cangih.

1) Komputer atau Laptop

Untuk laptop atau komputer, tidak perlu spesifikasi yang tinggi sangat hanya perlu mempunyai komputer atau laptop yang stabil dan tidak terlalu perlahan untuk menggunakan platform trading seperti Metatrader 4.

Ini adalah spesifikasi minima untuk guna platform metatrader 4:

  • Windows 2000 atau seterusnya. Boleh juga guna Mac Os ataupun linux OS.
  • Minima CPU adalah 2.0 GHZ lagi tinggi lagi bagus.
  • Sekurang-kurangnya 1GB RAM disarankan.

2) Internet

Sambungan internet juga tidak perlu yang laju, hanya perlu pastikan mempunyai koneksi yang stabil supaya apabila anda sedang trading tidak kehilangan koneksi internet. Kerana jika kelajuan internet yang agak perlahan ianya mungkin akan berlakunya kelewatan apabila kita mahu membuka atau tutup posisi trade kita.

Dengan kelajuan internet 1Mbps sudah cukup, tapi disarankan untuk kelajuan yang lebih dari itu lagi bagus.

3) Broker

Sekarang ini sudah terdapat banyak broker yang wujud tetapi anda perlu berhati-hati kerana tidak semua broker tersebut adalah broker yang sahih.

Jika anda masih tidak tahu cara untuk memilih broker anda boleh baca lebih lanjut di sini dimana saya terangkan apa yang kita perlu lihat dahulu ketika memilih broker.

– Waktu bila Patut Kita Trade?

Untuk pasaran forex market dibuka 24 jam sehari 5 hari seminggu.

Walaupun pasaran forex dibuka 24 jam sehati itu tidak bermakna market sentiasa aktif, ada waktu di mana market bergerak dengan perlahan ada juga waktu market bergerak dengan pantas.

Untuk tahu bila masa yang sesuai ianya lebih bergantung kepada anda.

Adakah anda sebuk ketika waktu pagi dan hanya boleh trade ketika waktu malam atau adakah anda agak sebuk pada waktu malam dan hanya boleh trade pada waktu pagi.

Saya sudah ada tulis satu artikel dimana saya terangkan perkara ini dengan lebih mendalam dan anda boleh baca artikel tersebut di Waktu bila sesuai untuk trade.

[adrotate group=”2″]

– Kawal Risiko

Anda akan dengar banyak kali dimana trader akan katakan “Sentiasa kawal risiko” atau “jaga risk management”.

Maksudnya adalah kita sentiasa fikirkan tentang keuntungan tetapi jarang tentang kerugian.

Dalam trading ini kerugian pasti akan berlaku ianya tentang cara kita kurangkan atau kawal kerugian tersebut.

Jadi macam mana kita nak kawal kerugian kita?

1) Stop Loss

Penggunaan Stop Loss(SL) amatlah penting di dalam trading kerana ia dapat membantu kita untuk kurangkan pendedahan kerugian kita.

2) Max Loss Harian

Ini adalah jumlah yang kita tetapkan kepada diri kita sendiri untuk berhenti trade sekiranya menggalami kerugian yang besar.

Contoh kita setkan limit jika kita sudah alami kerugian dalam $100 dalam satu hari, kita akan berhenti trading untuk hari tersebut dan berehat untuk sementara waktu.

Kenapa ianya penting untuk kita tetapkan limit tersebut?

Kerana apabila kita sudah alami kerugian yang banyak atau besar kita sudah tidak dapat membuat keputusan berdasarkan logic tetapi kita akan lebih ikut kepada emosi kita.

Emosi ini adalah musuh no satu buat trader-trader sebab itu ianya amat penting untuk kita ambil masa untuk berehat apabila alami kerugian yang besar dalam akaun trading kita.

Trading Strategy

Pernah tak anda alami situasi begini dimana anda ada belajar satu trading stretegy tersebut mungkin sebab anda lihat ada trader lain guna cara itu dan dapat keuntungan.

Tetapi bila kita sendiri trade menggunakan strategy tersebut kita alami kerugian tetapi trader tersebut ok je.

Punca ini disebabkan trading strategy itu tidak sesuai dengan kita. Sekarang ini terdapat pelbagai jenis strategy-strategy trading tapi tidak semua strategy tersebut sesuai dengan gaya trading kita.

Contoh, anda mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan dengan melihat chart dalam sehari mungkin sebab anda sebuk dengan kerja atau menjaga anak.

Disebabkan anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan melihat chart mungkin trading strategy scalping tidak sesuai, kerana scalping ini memerlukan kita rajin untuk melihat chart dengan kerap untuk lihat sekiranya ada peluang untuk memasuki pasaran.

Mungkin trading strategy intraday atau swing mungkin lebih sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat chart.

Sekiranya anda tidak pasti strategy apa yang sesuai untuk diri anda, boleh cuba menjawab quiz ini dan lihat anda ini trader jenis apa.

[adrotate group=”4″]

Demo Kemudian Live Akaun

Ianya amat disarankan untuk trader baru mula berlatih di akaun demo dahulu sebelum mula trade menggunakan duit sebenar.

Dengan berlatih di akaun demo dahulu kita dapat lihat prestasi trading strategy kita dahulu sebelum mula trade di pasaran sebenar. Sekiranya trading strategy kita perlu diperbaiki ianya tiada sebarang risiko kerana kita tidak alami kerugian berbanding guna akaun sebenar.

Baca: Akaun Real vs Akaun Demo.

Mula Dengan Selesa

Sekiranya anda sudah berlatih di akaun demo dan sudah bina keyakinan untuk mula trade guna akaun sebenar ianya bagus untuk kita mula dengan modal yang kita tidak kesah jika berlakunya kerugian.

Ini kerana perbezaan emosi kita ketika trade akaun demo dan akaun sebenar, di akaun demo kita tahu bahawa kita tidak rugi apa-apa tetapi bila kita mula trade di akaun sebenar dan alami kerugian ianya adalah kerugian sebenar, duit akan ditolak dari akaun kita.

Sebab itu ianya penting untuk kita mula dengan nilai yang tidak mempunyai sebarang impak sekiranya berlaku kerugian pada akaun kita.

Lihat course Trading Psychology & Trader Mind-Set.

[adrotate group=”2″]

Jangan “Go All In”

Tip terakhir adalah supaya anda tidak bermula dengan jumlah penuh apa maksud saya.

Jika modal yang anda tidak kesah untuk rugi adalah $1,000, cuba mula dengan 10% atau 20% dahulu dari jumlah nilai tersebut.

Cara ini adalah untuk biasakan diri kita dengan live trading seperti yang dikatakan sebelum ini emosi kita berbeza bila mula trade akaun sebenar.

Macam mana pula sekiranya modal yang kita mahu mula adalah $100 jika 10% ianya dalam $10 sahaja.

Jika modal anda rendah daripada $100 USD saya sarankan untuk anda mula dengan akaun micro dahulu, ianya masih menggunakan duit yang sebenar bezanya hanyalah dari segi size setiap lot mereka.

Selepas anda sudah mula rasa yakin baru mula dengan modal yang lebih besar.

Bacaan Lain Anda Mungkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply