You are currently viewing Trading Checklist Macam Mana Ia Dapat Kurangkan Loss Kita

Trading Checklist Macam Mana Ia Dapat Kurangkan Loss Kita

Kebanyakan trader akan cuba mencari cara untuk tambahkan lagi kemenangan mereka di dalam market contoh katakan setiap 10 trade yang mereka ambil mereka betul 5 kali dan 5 kali mereka salah.

Boleh tahan la kan 50% win ratio tetapi selalunya orang akan cuba untuk mencari trading strategy lain untuk tingkatkan lagi kemenangan mereka, tetapi tidak ramai fikir tentang macam mana nak kurangkan trade yang salah.

Katakan kalau anda dapat kurangkan 2 losing trade daripada 5 trade yang kalah tadi, tidakah itu bermakna anda dapat menaikan win ratio anda kepada 70% daripada 50% sebelum ini.

Hari ini saya akan berkongsikan kepada anda sesuatu benda yang simple tetapi dapat memberikan impak yang besar dalam prestasi trading kita ianya adalah trading checklist.

Sebenarnya konsep ini sudah lama ada tetapi saya tidak jumpa sesiapa yang berkongsi tentang cara ini, jadi saya tulis lah satu artikel tentang konsep ini kerana saya tahu yang ianya dapat membantu banyak trader di luar sana seperti ia telah membantu saya.

Kita akan lihat macam mana trading checklist ini dapat kurangkan kerugian kita di dalam market dan pada masa yang sama macam mana ia dapat membantu kita untuk menjadi seorang trader yang berdisiplin dan konsistent.

Apa Itu Trading Checklist?

Munkin ada yang terfikir apa itu trading checklist sebenarnya dan macam mana pulak dia dapat membantu dalam trading kita.

Saya mendapat ilham untuk membuat trading checklist ini daripada sebuah buku bertajuk THE CHECKLIST MANIFESTO daripada Dr. Atul Gawande.

Untuk pendekan cerita buku itu terang tentang cara untuk kurangkan kesilapan dan risiko yang selalunya berlaku disebabkan “human error”, saya bagi satu contoh.

Pernah tak anda terfikir kenapa di lapangan terbang jarang berlakunya kemalangan sedangkan setiap hari beratus kapal terbang mendarat dan mulakan penerbangan di situ dan macam mana menara kawalan trafik udara dapat kekal tenang berkerja sedangkan beratus nyawa boleh berada dalam risiko sekiranya berlaku kemalangan atau kesilapan.

Mereka dapat menggelak daripada melakukan banyak kesilapan disebabkan mereka ada checklist, senarai untuk memberitahu mereka apa yang mereka perlu lakukan selangkah demi selangkah, mereka akan selesaikan langkah yang pertama dahulu sebelum pergi ke langkah kedua  dan seterusnya.

Disebabkan checklist tersebut mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan dahulu sebelum memberikan kapal terbang itu mendarat atau mulakan penerbangan. Sekiranya salah satu langkah daripada checklist itu tidak lengkap, kapal terbang tersebut tidak akan terima kebenaran untuk terbang atau mendarat lagi.

Jadi apa kaitan semua ini dengan trading?

Checklist ini sangat membantu untuk disiplinkan kita sebagai trader dan juga dapat kurangkan kerugian kita dalam market.

Pernah tak anda trade kemudian trade tersebut menjadi trade yang rugi selepas itu bila anda kaji semula trade tersebut anda perasan yang yang ada terlepas pandang sesuatu dalam analysis anda.

Itulah kegunaan trading checklist ini ia dapat membantu kita daripada melakukan kesilapan seperti itu.

Template Trading Checklist & Download Link

Ini adalah contoh template trading checklist yang saya guna, ianya tidak perlu mewah-mewah hanya simple text sahaja, anda munkin ada mahu ubah atau tambah sesuatu bergantung kepada strategy anda.

Download Trading Checklist

Dalam trading checklist saya ini hanya ada 8 langkah yang perlu di semak sebelum buka apa-apa posisi trade.

  1. Adakah Trade Setup Sudah Berlaku
  2. Trade Tersebut Ikut Arah Trend
  3. Tiada News Besar Berdekatan
  4. Adakah Risk Ratio Bagus
  5. Anda Hanya Risk Dalam 1%-2% Dari Jumlah Modal Akaun
  6. Apakah Keadaan Emosi Anda Sekarang
  7. Adakah Anda Mahu Entry Sebab Analysis atau Emosi?
  8. Saya Boleh Terima Kerugian Dalam Trade Ini

[adrotate group=”4″]

Cara Guna Trading Checklist Tersebut

Ini adalah panduan cara guna trading checklist dan maksud setiap benda dalam trading checklist tersebut.

Adakah Trade Setup Sudah Berlaku?

Maksudnya berdasarkan strategy trading anda adakah trading setup sudah berlaku, sekiranya Ye anda boleh terus ke point kedua, sekiranya Tidak jadi anda tidak perlu trade ketika waktu itu.

Trade Tersebut Ikut Arah Trend?

Adakah trade setup yang berlaku tersebut menggikut arah trend. Sekiranya market sedang berada dalam uptrend kita hanya perlu cari peluang buy sahaja dan sekiranya market berada dalam downtrend kita hanya cari peluang setup untuk sell.

Ini tidak bermaksud yang anda tidak boleh trade lawan arah trend, cuma sekiranya anda masih baru lagi dalam trading saya sarankan anda untuk hanya trade ikut arah trend market dengan cara ini anda akan dapat jadi lebih konsistent dengan trading anda.

Kalau anda lihat gambar di atas menunjukan market sedang membuat downtrend dan jika kita trade ikut arah trend tersebut keuntungan kita lebih besar berbanding lawan arah trend.

Tiada News Besar Berdekatan

Lihat Economic Calendar sebelum membuka posisi trade anda, ini sebab sekiranya anda buka posisi trade ketika news berdekatan risiko untuk market bergerak bertentangan dengan analysis anda amat tinggi.

News tidak sentiasa akan mengubah arah pergerakan market tetapi ianya agak bahaya sekiranya anda adalah intraday trader, kerana intraday trader biasanya trade menggunakan stop loss yang ketat jadi risiko untuk market sentuh stop loss itu amat tinggi.

Saya sarankan untuk tidak membuka posisi trade sekiranya ada news yang besar akan keluar dalam jangka masa 30 minit.

Contoh kalau anda ada trade setup yang berlaku dan masih ada dalam 2 jam sebelum ada news besar itu ok lagi anda boleh buka posisi trade tersebut dan anda akan ada masa untuk lakukan trade management ketika itu.

Adakah Risk Ratio Bagus

Adakah risk ratio setup tersebut ada dalam kriteria anda, sebagai contoh munkin anda hanya masuk trade sekiranya risk ratio dalam 2:1.

Kalau setup tersebut lebih rendah daripada 2:1 jadi anda tidak perlu trade setup tersebut dan tunggu peluang lain, munkin anda hanya trade sekiranya risk ratio dalam 3:1, apa-apa pun pastikan setup tersebut lengkap dengan syarat anda sebelum entry.

Anda Hanya Risk Dalam 1%-2% Dari Jumlah Modal Akaun

Ini lebih ke money management, adakah anda hanya risiko kan dalam 1% hingga 2% dari jumlah modal akaun anda.

Contoh kalau anda trade akaun standard dengan modal $100, 2% daripada $100 adalah $2.

Jadi maximum yang anda boleh risikokan adalah $2 setiap trade.

Boleh baca lagi tentang ini di topik Money Management.

Apakah Keadaan Emosi Anda Sekarang

Adakah anda sedang berasa sedih atau munkin marah, sekiranya emosi atau mood anda tengah tidak elok jangan trade.

Walaupun ada trade setup yang nampak macam baik jangan trade juga, ketika emosi anda sedang tidak stabil, kerana ketika emosi tidak bagus kita biasanya tidak dapat lakukan sesuatu benda itu dengan sempurna munkin anda akan ada terlepas pandang sesuatu ketika analysis.

Adakah Anda Mahu Entry Sebab Analysis atau Emosi?

Adakah anda mahu entry ini disebabkan analysis ataupun emosi seperti F.O.M.O

Pastikan anda hanya entry disebabkan analysis anda dan bukannya disebabkan emosi.

Saya Boleh Terima Kerugian Dalam Trade Ini

Adakah anda mampu untuk terima kerugian sekiranya trade tersebut bergerak bertentangan daripada analysis anda?

Ramai trader cakap yang losing trade itu memang perkara biasa dalam trading dan ianya memang benar tetapi apa yang saya nampak dengan trader baru adalah kebanyakan masih takut untuk membuka posisi trade disebabkan perasaan takut dengan kerugian.

Munkin mereka mula dengan modal yang kecil seperti $100 dan trade di akaun standard jadi kerugian itu akan nampak besar.

Tetapi sekiranya mereka mula dengan modal yang sama tetapi membuka akaun kecil seperti micro munkin mereka tidak akan berasa takut sangat untuk membuka posisi trade mereka kerana risiko loss mereka yang kecil.

Jadi itulah apa yang ada dalam trading checklist saya.

Apa yang saya sendiri lakukan adalah sekiranya salah satu daripada 8 soalan tersebut saya jawab tidak atau pilihan yang tidak bagus saya tidak akan trade setup tersebut walaupun ianya nampak seperti setup entry yang sempurna.

Katakan 7 kotak tersebut semuanya bagus kecuali satu kotak saya tanda tidak sebagai contoh belah emosi sedang tidak stabil jadi saya tidak akan trade.

Munkin ada yang terfikir kalau macam tu habislah terlepas peluang, ye munkin setup tersebut sebenarnya akan menjadi trade yang profit tetapi sekiranya anda kekal kepada trading checklist anda serta kekal disiplin, anda akan jadi lebih konsistent dalam trading anda.

Dalam trading ini ia bukan hanya tentang untuk membuat duit tetapi kesabaran kita untuk kekal disiplin.

Apabila anda menjadi lebih disiplin secara automatic anda akan jadi lebih konsistent dalam trading dan akan membuat keuntungan.

[adrotate group=”2″]

Kesimpulan

Trading checklist ini amat bagus untuk trader yang baru ataupun sudah lama kerana ia dapat membantu kita untuk menjadi lebih disiplin dengan trading kita.

Anda boleh saja download template trading checklist tersebut dan ubah ikut kemahuan dan strategy anda kemudian print dan letak di sebelah komputer anda jadi setiap kali anda trade anda boleh lihat checklist tersebut adakah setup trade tersebut cukup syarat.

Serta boleh juga print dan letak di dalam wallet anda, kalau anda sedang berada di luar dan trade di phone, anda sudah ada checklist tersebut di mana pun anda berada.

Bacaan Lain Anda Munkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

This Post Has One Comment

Leave a Reply