5 Trading Habit Yang Boleh Menyebabkan Anda Rugi Besar Dalam Forex

5 Trading Habit Yang Boleh Menyebabkan Anda Rugi Besar Dalam Forex

Untuk menjadi seorang trader yang berjaya ianya bukan hanya tentang memiliki strategy yang bagus dan menjaga risk, walaupun kedua-dua tersebut memang mainkan peranan yang besar dalam trading tetapi ianya penting juga untuk anda perbaikikan tabiat anda sekiranya anda mahu berjaya dalam trading.

Terdapat beberapa tingkah laku yang mungkin akan menyebabkan akaun anda menggalammi kerugian yang besar dan hari ini kita akan lihat 5 tabiat atau tingkah laku yang boleh menyebabkan anda menggalami kerugian yang besar dalam trading.

1) Terlalu Yakin

Sebelum ini kita pernah bincangkan tentang trading anxiety dimana kebanyakan trader kurang keyakinan dengan diri mereka sendiri, tetapi ada juga kes dimana jika trader yang terlalu yakin juga boleh menjejaskan trading mereka.

Saat dimana kita jadi terlalu yakin yang market akan bergerak ke arah jangkaan analysis kita ketika itulah ianya menjadi bahaya kerana seperti saya pernah katakan sebelum ini yang market ini bergerak secara random walaupun munkin anda lihat seperti market sedang mahu menaik itu tidak bermakna yang market masih tidak boleh turun lebih lagi.

Sudah banyak kali saya lihat dimana market kelihatan seperti mahu menaik atau menurun tetapi mereka masih terus bergerak ke arah yang bertentanggan.

Jadi tidak kesah strategy apa pun yang anda pakai dan berapa % ketepatan strategy tersebut jangan sesekali jadi terlalu yakin yang market akan bergerak ke arah tersebut, sentiasa perlu bersedia tentang apa langkah yang patut diambil sekiranya market bergerak bertentanggan dari analysis.

2) Tidak Mahu Terima Kesalahan

Saya pernah melihat seorang trader dimana beliau biarkan trade yang rugi untuk terus berjalan hingga -$100 dan modal akaun dia tidaklah besar mana dalam $500 USD, tetapi apabila trade tersebut baru profit dalam beberapa dollar dia terus tutup trade tersebut.

Cara ini memang tidak bagus untuk jangka masa panjang kalau kita biarkan loss kita lebih besar daripada keuntungan kita lama-kelamaan akaun kita akan menjadi kosong.

Selalunya punca trader tidak mahu tutup posisi trade yang sedang rugi adalah disebabkan ego, mereka tidak mahu menggaku dan terima sahaja yang analysis mereka sudah salah lalu membiarkan posisi trade tersebut terus berjalan.

Dalam apa-apa bidang perkerjaan atau perniagaan sifat ego itu memang tidak bagus. Sekiranya trade tersebut sudah bergerak bertentanggan daripada apa analysis kita tutup sahaja posisi trade itu dan terima saja kesalahan tersebut.

 

3) Tutup atau Cut Loss Terlalu Awal

Pernah tak anda lalui situasi macam ini dimana anda sudah ada posisi trade yang sedang dibuka tetapi market sudah beberapa jam tidak bergerak atau sampai lagi ke arah profit target, tapi selepas kita tutup saja posisi trade tersebut tidak lama kemudian market sudah bergerak ke arah analysis kita.

Jika pernah, bukan anda sorang saja saya sendiri pun pernah lalui situasi macam itu dimana market ambil masa yang agak lama untuk sampai ke target tetapi lepas saya tutup posisi trade tersebut tidak lama kemudian market sampai ke area target tersebut.

Atau satu lagi situasi seperti ini dimana market sentuh stop loss kita dahulu sebelum bergerak ke arah analysis.

Ini biasanya disebabkan stop loss kita munkin terlalu dekat dengan kawasan kita entry.

Saya sarankan anda untuk menggunakan indicator ATR untuk membantu atasi 2 masalah di atas tersebut.

ATR dapat membantu kita untuk tahu di level harga mana yang sesuai untuk kita meletakan stop loss, serta dapat beri anggaran berapa lama untuk market sampai ke target kita.

Boleh baca tutorial cara penggunaan indicator ATR di sini.

4) Merajuk Dengan Pair Matawang

Apa maksud saya dengan bila trader merajuk dengan pair matawang?

Ini contoh satu situasi, katakan anda sedang trade pair USD/JPY dan pair tersebut ada berikan trade setup untuk buy, bila anda masuk entry buy dan sudah lakukan risk management, letak stop loss serta target profit.

Kemudian trade tersebut sentuh stop loss anda, tidak lama lepas itu anda terima lagi setup trade di pair yang sama, anda entry dan buat risk management letak stop loss dan take profit. Tapi trade tersebut juga masih bergerak bertentanggan dan sentuh level stop loss anda.

Kalau ada trade setup berlaku lagi agak-agak anda akan entry tak?

Kebanyakan trader memang akan tidak ambil lagi trade tersebut kerana mereka akan fikirkan yang market akan sentuh stop loss mereka lagi dan biarkan signal trade tersebut, tetapi kemudian bila lihat chart semula market kali ini betul-betul bergerak ke arah analysis.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah jangan sesekali merajuk dengan pair tersebut walaupun sudah berapa kali pair tersebut sentuh stop loss kita, selagi market ada beri trade setup teruskan trade sebab salah satu daripada setup tersebut akan mula bergerak ke arah analysis kita.

5) Avoid Stupid Trade

Yang terakhir sekali adalah benda yang paling mudah tetapi masih ramai trader buat kesilapan ini.

Ianya tentang risk ratio, kalau anda masih tidak tahu apa itu risk ratio boleh baca di topic risk management.

Apa yang kita mahukan adalah trade setup yang berikan kita sekurang-kurangnya 1:1 risk ratio atau munkin 2:1 bergantung kepada risk ratio berapa yang anda pakai.

Kalau ada trade setup yang berlaku tetapi risk ratio kurang daripada 1:1 atau lebih kurang daripada apa yang anda gunakan jangan ambil trade tersebut tidak kesah kalau trade setup tersebut nampak sempurna ke apa jangan sesekali buka posisi trade anda.

Kita hanya mahukan trade setup yang dapat berikan kita profit yang lebih besar daripada apa yang kita risikokan kalau kurang daripada itu jangan sesekali buka posisi trade.

Anda boleh baca artikel ini tentang Trading Checklist kerana ia dapat membantu dalam trading anda dengan kurangkan losing trade serta jadikan anda lebih disiplin dalam trading.

Artikel Lain Anda Munkin Minat:

Admin

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply