You are currently viewing 5 Trading Tip Selalu Dipandang Remeh Oleh Trader

5 Trading Tip Selalu Dipandang Remeh Oleh Trader

Hari ini kita akan melihat 5 tip trading yang biasanya dipandang rendah kebanyakan trader.

1) Kekal Simple

Sekarang ini sudah banyak sumber-sumber untuk kita belajar tentang trading secara dalam talian, dengan itu kebanyakan trader akan rasa seronok dengan melihat pelbagai jenis indicator dan trading strategy di luar sana.

Mungkin juga akan ada trader yang fikir lebih banyak indicator lagi bagus untuk membuat analysis, tetapi sebaliknya yang terjadi.

Jika menggunakan indicator terlalu banyak di chart ianya akan mula kelihatan serabut dan makin susah untuk melihat pergerakan harga dengan lebih detail. Cuba untuk limitkan penggunaan indicator dalam 2 atau 3 paling banyak dan hanya gunakan indicator yang diperlukan sahaja.

Untuk trading strategy pula, mesti kita semua pernah melihat strategy trader yang lain dan nampak seperti bagus tetapi bila kita guna strategy tersebut ia macam tidak menjadi sangat kemudian kita mula mencari strategy trader yang lain dan prosess ini terus berulang.

Ianya mungkin bukan salah strategy tersebut tetapi diri kita sendiri, mungkin cara trading style tersebut yang tidak sesuai dengan kita. Sebagai contoh anda mungkin sesuai trading cara scalping tapi belajar strategy swing trading begitu juga untuk sebaliknya.

Kekal dengan cara trading yang sesuai dengan diri anda, jangan disebabkan kita nampak ada trader berjaya membuat profit yang banyak dengan menggunakan strategy tersebut kita terus mahu buang strategy yang kita sedang guna.

Ada kemungkinan yang strategy tersebut tidak sesuai dengan kita, jadi kekal simple kalau anda sudah ada strategy yang konsistent jangan pergi tukar ke strategy yang lain hanya disebabkan ada trader berjaya membuat profit yang lebih banyak guna strategy tersebut.

2) Ikut Trading Plan

Kelebihan mempunyai trading plan ia dapat membantu trader dengan menjadi lebih disiplin dan membuat keputusan berdasarkan strategy dan bukannya emosi.

Mempunyai trading plan yang bagus dapat membantu trader seperti:

  • Mudah Untuk Trade: Kesemua plan untuk kita membuka posisi trade sudah dibuat secara awal seperti saiz lot yang sesuai, di mana mahu letak stop loss, etc.
  • Atasi Masalah Emosi: Ia dapat membantu kita atasi masalah emosi yang biasa di alami trader seperti ketakutan dan tamak kerana kita sudah tahu di mana sepatutnya kita menggambil profit serta di mana mahu “cut loss” jika berlaku kerugian.
  • Lebih Disiplin: Dengan kekal kepada trading plan kita dapat menjadi lebih konsistent di dalam trading kita.

Tetapi trader yang tidak mempunyai trading plan akan alami masalah seperti:

  • Susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan perubahan didalam market.
  • Trader tidak akan dapat bersedia dari segi emosi.
  • Tidak dapat menjadi konsistent.

3) Jaga Risk

Ianya mungkin agak menarik apabila melihat trader lain membuat profit yang besar dan mereka tidak menggunakan sebarang stop loss, guna leverage yang tinggi, membuka lot saiz besar dengan akaun kecil.

Walaupun ianya tidak mustahil untuk dapat hasil begitu tetapi ia ada risiko untuk membuat baki akaun anda kepada kosong.

Anda perlu ingat sehebat mana pun strategy tersebut akan ada waktu dimana market tidak akan bergerak ke arah jangkaan analysis. Dengan risk serta money mangement yang lemah kita boleh kehilangan kesemua modal kita.

Penjagaan risiko amat penting di dalam trading dan itu yang membezakan kita daripada seorang penjudi.

Sekiranya anda mahu kekal lebih lama didalam industry ini atau mahu jadikan trading ini sebagai sumber pendapatan, anda perlu tahu cara untuk menjaga risiko.

Saya akan ulang sekali lagi PENJAGAAN RISIKO ITU PENTING!!!

[adrotate group=”4″]

4) Target Yang Logic

Sebab utama kenapa ramai orang mahu mula belajar tentang trading adalah kerana mereka nampak ada orang berjaya membuat duit yang banyak dalam industri ini.

Ianya memang benar yang tidak mustahil untuk membuat duit dalam bidang ini tetapi apa yang salah adalah apabila trader baru jangkakan yang mereka boleh membuat duit yang banyak dalam jangka masa yang pendek.

Fakta yang biasa dikongsi adalah lebih daripada 90% trader gagal dalam industri ini dan dalam 70% trader akan menggalah dalam tempoh 2 tahun. Itu adalah statistik yang biasa dikongsi di dalam industi forex trading ini.

Antara punca utama kenapa kebanyakan trader rugi dan gagal adalah disebabkan mereka mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi di dalam trading, mereka menjangkakan yang mereka sudah boleh menjadikan trading ini sebagai sumber pendapatan mereka dalam tempoh 3 ke 6 bulan sedangkan untuk menjadi konsistent dalam trading boleh menggambil masa bertahun.

Jadi jika anda masih baru mahu mula ceburi bidang ini pastikan anda tetapkan sasaran yang masuk akal dan bukannya target yang terlalu besar dan tidak masuk akal.

Ianya bukanlah 100% salah trader baru kerana ada segelintir individu juga yang menggatakan mereka boleh menjana pendapatan sebagai trader dalam beberapa minggu atau bulan sahaja jika beli course dan belajar dengan mereka.

Baca Juga: Cara Untuk Elak Dari Jadi Mangsa Scam Dalam Forex.

5) Bersabar

Mungkin tip yang paling mudah sekali adalah bersabar. Ianya akan menggambil masa untuk menjadi mahir di dalam sesuatu perkara itu.

Saya sendiri menggambil masa dalam 3 tahun sebelum mula nampak hasil.

Jadi jangan menggalah, jika akaun trading anda baru saja menjadi kosong mungkin anda ada buat silap, cuba untuk kaji semula trade tersebut dan berlatih semula di akaun demo atau micro dengan modal yang kecil.

Untuk menjadi seorang forex trader yang berjaya dan konsistent ini bukannya satu perjalan yang mudah tetapi ianya tidak perlu menjadi rumit.

Jangan malu dan jangan segan untuk cuba mendapat bantuan serta bimbingan daripada trader yang sudah berjaya, mereka sudah mempunyai banyak penggalaman serta tip yang boleh dikongsikan.

Artikel Lain Anda Mungkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply