You are currently viewing Trading vs Investing Apa Perbezaan Mereka

Trading vs Investing Apa Perbezaan Mereka

Investing dan trading adalah antara 2 cara untuk kita membuat keuntungan di dalam pasaran kewangan. Walaubagaimana pun istilah investing serta trading adalah benda yang sangat berbeza.

Hari ini kita akan lihat apa perbezaan diantara investing dan trading serta mana satu yang lebih bagus.

– Investing(Melabur)

Matlamat investing adalah untuk membina kekayaan secara perlahan-lahan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Antara aset yang biasa orang melabur adalah Stock(Saham), Mutual Funds, Bonds & Real Estate(Hartanah).

Pelaburan tersebut biasanya dipegang untuk jangka masa yang lama kebiasaanya lebih dari 10 tahun.

– Trading

Trading melibatkan trader membuat transaksi dagangan dalam tempoh beberapa minit hingga beberapa hari dengan mengambil keuntungan dari pergerakan turun naik dalam jangka masa pendek yang berlaku di dalam market.

Terdapat 4 jenis katagory trader:

1) Scalper: Trader yang memegang posisi trade mereka dalam beberapa saat hingga minit.

2) Day Trader: Jenis trader yang memegang posisi trade sepanjang hari tetapi tidak akan pegang posisi trade tersebut hingga keesokan hari.

3) Swing Trader: Trader yang memegang posisi trading mereka selama beberapa hari hingga minggu.

4) Position Trader: Dimana trader tersebut memegang posisi trade mereka melebihi tempoh masa sebulan.

[adrotate group=”4″]

Perbezaan Antara Trading & Investing

Perbezaan yang ketara antara investing dan trading adalah dengan trading kita perlu membuat transaksi dagangan dengan kerap untuk menjana keuntungan, tetapi untuk investing pula mereka jarang melakukan transaksi dagangan kerana mereka memegang pelaburan mereka untuk jangka masa yang lama.

Tetapi masih ada juga perbezaan lain antara mereka.

– Keuntungan

Dengan trading peluang keuntungan akan jadi lebih besar berbanding investing kerana, trading membenarkan kita untuk menggambil kesempatan dengan pergerakan perubahan harga yang kecil berlaku di dalam pasaran.

Dimana dengan investing pula kita ada peluang untuk membuat keuntungan dengan modal lain sekiranya dengan saham, sebagai contoh terdapat banyak syarikat di luar sana yang menawarkan bayaran dividen kepada pemegang saham mereka, dividen tersebut dibayar setiap suku tahun atau dalam bentuk tahunan.

Dengan pendapatan daripada bayaran dividen tersebut kita boleh gunakan hasil dividen itu untuk membeli lagi saham syarikat tersebut prosess ini dikenali sebagai “compounding”.

Boleh fikirkannya begini, kita hanya membeli saham syarikat itu sekali sahaja tetapi dengan mendapat bayaran dividen kita boleh membeli lagi saham syarikat tersebut tanpa kita perlu keluarkan duit lagi.

Bukan itu saja, sekiranya prestasi syarikat tersebut bagus, nilai saham syarikat itu juga akan menaik jadi kita berpeluang untuk menjana 2 pendapatan di situ satu dengan bayaran dividen kedua adalah dengan nilai saham syarikat tersebut.

– Risiko

Sudah mesti risiko itu tetap akan ada dalam apa-apa industri sekali pun, tetapi terdapat perbezaan risiko diantara trading dan investing.

Risiko sebagai seorang trader lebih tinggi berbanding investing kerana sebagai trader kita lebih terdedah kepada bahaya volatility market.

Sebagai contoh sekiranya berlakunya kenaikan volatility yang menggejut di dalam market yang boleh membuatkan market untuk terus bergerak secara menaik atau menurun dengan ketara dalam jangka masa yang pendek itu sememangnya boleh menjadi risiko untuk trader.

Tetapi itu juga bermaksud yang dengan trading terdapat peluang untuk membuat keuntungan yang besar ketika volatility market yang tinggi. Sebab itu trading ini dipanggil sebagai “High Risk & High Reward”.

Manakala untuk investing pula tidak mudah terjejas dengan kadar kenaikan volatility yang tinggi untuk jangka masa yang pendek kerana posisi mereka biasanya dipegang untuk jangka masa yang lama.

Sebab itu pasaran saham dilebel kan sebagai “Low Risk & Low Return”. Tetapi ada berpeluang untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi apabila menggunakan teknik compounding dan melaburkan semula hasil bayaran dividen yang kita terima.

– Masa

Mungkin anda sudah dapat teka yang investing tidak perlu sentiasa luangkan masa yang banyak untuk membuat keputusan transaksi jual beli berbanding dengan trading dimana kita perlu kerap membuat transaksi dagangan untuk mendapat keuntungan.

Untuk investing agak jarang perlu membuat kerja yang kuat melainkan hanya untuk membaca perkembangan ekonomi serta syarikat yang dilabur.

[adrotate group=”2″]

– Mana Lagi Bagus Investing atau Trading

Trading dan juga investing adalah 2 cara untuk mendapat keuntungan didalam pasaran kewangan. Tetapi adakah salah satu akan dapat memberikan pulangan yang lebih daripada yang lain?

Tidak juga, kedua-duanya mempunyai potensi untuk memberikan pulangan yang tinggi atau alami kerugian. Trading mungkin nampak seperti dapat pulangan yang tinggi untuk jangka masa pendek tetapi ia masih ada risiko untuk kehilangan modal ketika volatility market yang tinggi.

Untuk Pelaburan jangka masa yang panjang juga tidak memberikan kepastian kejayaan 100%. Kita masih perlu membuat kajian tentang syarikat yang kita hendak melabur tersebut adakah syarikat tersebut bagus, macam mana tahap kewangan syarikat tersebut, adakah syarikat tersebut mempunyai management yang bagus dan banyak lagi.

Jika kita mahu melabur di hartanah juga tiada bezanya, kita masih perlu lakukan kajian seperti, dimana area tersebut, adakah kawasan tersebut akan membangun atau tidak, begitu.

Kesimpulannya adalah trading dan juga investing kedua-dua dapat memberikan potensi pulangan yang bagus, kita hanya perlu meluangkan masa dengan kaji lebih mendalam lagi sebelum membuat keputusan yang mana kita rasa lebih sesuai dengan diri kita.

Dalam dunia kewangan ini lebih banyak ilmu yang kita ada, lebih tinggi peluang untuk kita berjaya 🙂

Jadi itulah pandangan saya antara trading vs investing, saya sendiri ada juga portfolio pelaburan dalam pasaran saham dan pada masa yang sama saya masih lagi trade pasaran forex, jadi boleh je buat kedua-duanya sekali jika mahu.

Cuma perlu pastikan yang anda tahu dan paham tentang risiko yang terlibat di kedua-duanya sekali.

Artikel Lain Anda Mungkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply