You are currently viewing Tutorial Metatrader 4 Price Alert & Notifikasi

Tutorial Metatrader 4 Price Alert & Notifikasi

Pernah tak anda alami situasi begini, dimana anda sudah marking level dimana anda jangkakan market akan berubah arah.

Tetapi disebabkan anda alami hari yang agak sibuk mungkin disebabkan kerja atau anda sedang berada di luar dan bila anda lihat chart semula market sudah sentuh level tersebut dan sudah bergerak tinggalkan anda.

Mungkin ada yang terfikir kenapa tidak set saja Pending Order di level tersebut. Ianya mungkin tidak begitu berkesan untuk kebanyakan trader.

Sesetengah trading strategy trader perlu menunggu pengesahan dari indicator atau price sebelum memasuki trade. Di sinilah dimana fungsi alert ini amat berguna.

Dengan meletakan price alert kita akan terima notifikasi daripada metatrader 4, yang memberi tahu market sudah sampai ke paras level sasaran kita.

Dengan set alert kita dapat kurangkan risiko daripada terlepas untuk tangkap pergerakan market.

Jika anda masih baru lagi kepada trading dan tidak tahu apa itu Metatrader 4 saya sarankan anda untuk ambil course percuma ini dimana saya ajar semua benda yang anda perlu tahu untuk mula kerjaya sebagai seorang trader.

Belajar Forex Trading(Forex Simple Course)

Cara Setup Alert Di MT4

Terdapat 2 cara untuk set price alert di MT4, cara pertama adalah dengan membuka chart pair matawang yang anda mahu set alert tersebut.

Kemudian gerakan mouse ke level dimana anda mahu set alert dan klik kanan pilih “Trading” –> “Alert”.

Nanti anda akan ada nampak arrow yang menunjukan paras harga yang anda set alert tersebut.

Untuk ubah level alert tersebut anda boleh klik arrow tersebut dan tarik ke bawah atau atas. Jika anda ingin buang alert tersebut boleh klik kanan di mouse dan pilih “Delete” atau “Disable”.

Cara lain untuk set alert adalah dengan menggunakan Tab Alert di MT4 terminal. Pergi ke “Alerts” klik kanan di mouse dan pilih “Create”.

Akan muncul satu window baru untuk setting alert.

Ini adalah maksud setiap setting tersebut:

Enable – Tick kotak ini untuk aktifkan alert tersebut, kalau tidak tick alert tersebut tidak akan aktif.

Action – Pilih alert jenis apa yang mahu guna:

Sound – Bermaksud MT4 akan menggeluarkan bunyi apabila harga sudah sampai ke level alert kita.

File – Akan mula jalankan program file lain. Sebagai contoh mahu gunakan bunyi alert khas.

Email – Hantar notifikasi ke email. Untuk guna option ini anda perlu set SMTP server untuk MT4 hantar email.

Notification – Hantar alert ke metatrader 4 di telephone anda. Untuk guna option ini kita perlu set MetaQuotes ID di metatrader, kita akan belajar cara untuk setting notifikasi alert selepas ini.

Symbol – Pair matawang yang mahu terima alert tersebut.

Source – Bergantung kepada pilihan “Action” anda

Format sound file yang disokong oleh metatrader 4 adalah *.wav, *.mp3 atau *.wma.

Program file yang disokong oleh MT4 *.exe, *.vbs or *.bat format.

Jika pilih “Action” Email, ia akan membenarkan anda untuk pilih template email anda sendiri untuk dihantar sebagai notifikasi.

Anda juga boleh type email tersebut dalam bentuk format “”email subject\n email Msj”.

Notifikasi dalam bentuk mesej. Jumlah patah perkataan maximum adalah 255 patah perkataan.

Timeout – Tempoh jangka masa antara alert.

Expiration – Anda boleh set bila alert tersebut akan tamat.

Condition :-

“Time =” ikut jangka waktu.

“Bid<” jika paras Bid bergerak lebih rendah daripada paras level harga yang ditetapkan.

“Bid>” jika paras Bid bergerak melebihi daripada paras level harga yang ditetapkan.

“Ask<” jika paras Ask bergerak lebih rendah daripada paras level harga yang ditetapkan.

“Ask>” jika paras Ask bergerak melebihi daripada paras level harga yang ditetapkan.

Maximum Iterations – Jumlah maksimum alert akan berulang.

Cara Untuk Dapatkan Alert Di MT4 Mobile

Seperti saya ada katakan tadi untuk dapatkan notifikasi di telephone, kita perlukan MetaQuotes ID.

Untuk dapatkan ID tersebut kita perlu ke metatrader mobile kita dan tekan icon belah kanan sekali kemudian tekan “MQID” di atas.

Nanti anda akan nampak MQID anda. Apa yang anda perlu buat selepas itu adalah pergi ke platform metatrader 4 di komputer anda dan pergi ke “Tools” –> “Options” atau tekan saja CTRL+O di keyboard.

Akan muncul windows options dan pergi ke tab “Notifications”.

Tick kedua-dua kotak “Enable Push Notifications” & “Notify of trade transactions”.

Selepas itu masukan MQID anda, jika anda mahu mencuba ianya berkesan atau tidak boleh saja tekan butang “Test” tersebut kemudian tekan butang “Ok”.

Bila anda sudah test alert, anda akan terima notifikasi alert di telephone.

Artikel Lain Anda Mungkin Minat: 

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply