You are currently viewing 10 Peraturan Yang Digunakan Oleh Trader Profesional

10 Peraturan Yang Digunakan Oleh Trader Profesional

Impian kebanyakan trader adalah untuk menjadi seorang trader yang professional dan juga konsistent, tetapi pernah tak anda terfikir apa yang membezakan seorang trader professional dan juga trader biasa.

Mungkin kebanyakan akan sangkakan yang modal trader professional lebih besar daripada trader biasa, ye mungkin ada sesetengah trader bermula dengan modal yang besar, tetapi itu bukanlah sebab utama kenapa mereka dapat menjadi professional trader.

Ramai saja trader yang berjaya mula dengan modal yang kecil. Jadi apa yang trader professional lakukan untuk mereka sampai ke tahap mereka?

Antara sebab utama kenapa professional trader berjaya adalah mereka ada peraturan yang mereka sentiasa ikut. Jadi hari ini kita akan melihat 10 peraturan yang trader professional ikut untuk terus kekal berjaya di dalam dunia trading dan cuba laksanakan dalam trading kita.

[adrotate group=”2″]

1) Sentiasa Ikut Trading Plan

Setiap trader mesti sudah ada trading plan mereka tersendiri, trading plan ini adalah trading strategy anda.

Punca selalunya trader meragui dengan strategy mereka adalah apabila trader berkongsi analysis mereka keada trader yang lain tetapi mereka melihat yang trader lain mempunyai pandanggan berbeza jadi mereka mula meragui dengan analysis sendiri.

Trader professional akan sentiasa ikut dan kekal kepada trading plan mereka, walaupun ada trader lain ada perbezaan pendapat. Jadi jangan sesekali meragui dengan analysis sendiri.

Sekiranya anda sudah ada sebuah trading strategy yang bagus dan juga konsistent itu tidak bermaksud yang strategy tersebut sudah sempurna.

Cuba untuk perbaikikan lagi strategy tersebut dan lihat apa yang anda boleh tambah atau buang untuk menjadikan strategy tersebut lebih bagus.

2) Kekal Disiplin

Ianya satu benda yang simple tetapi amat susah untuk dilakukan kebanyakan orang. Trader professional mereka sentiasa kawal diri mereka dan kekal disiplin ketika trading.

Sekiranya tiada berlakunya setup entry mereka tidak akan ambil keputusan untuk membuka sebarang posisi trade.

Apa yang mereka akan buat adalah mereka akan tunggu sehingga market memberikan peluang entry daripada paksa diri untuk membuka posisi trade tersebut walaupun market sedang berada di area Support & Resistance.

Satu lagi contoh yang lain adalah apabila market membuat pergerakan yang kuat.

Kebanyakan trader akan kejar pergerakan tersebut dengan membuka posisi trade mereka disebabkan tidak mahu terlepas peluang.

Tetapi trader professional mereka akan biarkan trade tersebut dan tunggu untuk market retrace/pullback untuk membuka posisi trade mereka. Sekiranya tiada retracement atau pullback yang berlaku mereka akan biarkan saja trade tersebut pergi dan tunggu peluang trade yang lain.

Baca Lagi Di: Emosi Yang Bahaya Dalam Trading

3) Mereka Sentiasa Limitkan Risiko

Seorang trader yang berjaya tahu dimana mereka akan entry dan juga exit posisi trade mereka.

Mereka tahu dimana dan bila waktu yang sesuai untuk membuka posisi trade mereka serta mereka juga tahu dimana mereka akan keluar daripada posisi trade tersebut sekiranya ianya menjadi trade yang merugikan.

Dalam erti kata lain mereka tahu untuk menjaga risk mereka ketika trading dan kurangkan loss mereka sebanyak mana yang mungkin dan cuba untuk maksimakan keuntungan mereka.

Ini adalah petikan ayat daripada George Soros salah seorang trader yang terkenal:

“Saya Kaya Hanya Sebab Saya Tahu Bila Saya Salah, Pada Dasarnya Saya Berjaya Dengan Mengenali Kesilapan Saya.”

4) Kesabaran

Kebanyak trader mereka mahu nampak hasil dengan cepat. Professional trader mereka tahu yang trading ini sebenarnya adalah “Longterm Game”.

Jadi mereka tahu yang mereka perlu menjaga risk mereka supaya tidak memberikan kerugian yang besar kepada akaun mereka serta membuka lot saiz yang bersesuaian dengan modal mereka untuk bertahan dalam bidang ini untuk jangka masa yang lama.

Mereka tidak kesah dengan hasil pulangan yang perlahan.

5) Sentiasa Belajar & Kaji

Dalam bidang ini akan sentiasa ada benda baru untuk kita belajar dan tingkatkan lagi kebolehan kita dalam trading.

Market sentiasa berubah dengan era zaman sekarang dimana teknologi baru sentiasa muncul dan berkembang, kejayaan jangka panjang kita terletak kepada penggetahuan kita tentang market, lebih banyak yang kita tahu lebih bagus.

6) Kekal Kepada Analysis Mereka

Yang ini mungkin ramai trader pernah menggalami situasi macam ini, apabila kita sudah membuat analysis kemudian melihat analysis orang lain ianya bertentanggan kemudian kita mula rasa ragu-ragu dengan analysis sendiri.

Professional trader mereka tidak kesah sekiranya ada analysis trader lain tidak sama seperti mereka, kerana mereka tahu dan paham yang market ini bergerak secara rawak, dari masa-kesemasa market akan ikut arah anlysis mereka ada juga waktu dimana market bergerak bertentanggan.

Apa yang penting adalah untuk mereka terus kekal disiplin dan ikut saja trading plan mereka.

[adrotate group=”4″]

7) Tidak Terlalu Yakin

Situasi yang bahaya untuk seorang trader adalah apabila mereka menjadi terlalu yakin.

Mungkin sebab mereka sudah menggalami 5 win trade berturut-turut dan mereka menjangkakan yang trade ke 6 mereka mesti win juga. Ketika waktu seperti inilah kebanyakan trader menjadi terlalu yakin dan membuka lot saiz yang lebih besar kerana mereka sangkakan yang trade tersebut akan menjadi win trade juga.

Walaupun mereka sudah lalui win trade berturut-turut itu tidak bermakna yang trade seterusnya mereka tetap akan menang, jangan lupa yang market ini bergerak secara random dan setiap trade yang baru sama saja seperti trade pertama anda, kita tidak tahu apa yang market akan buat.

Apa yang trader professional akan buat jika mereka menggalami win trade yang berturut-turut, mereka akan berhenti trade ketika itu jika mereka sudah capai target harian atau mingguan mereka, sebab mereka tahu jika mereka terus trade ada kemungkinan mereka akan kehilangan kesemua keuntungan tersebut disebabkan emosi.

Jadi langkah yang terbaik adalah untuk mereka berhenti trade untuk waktu itu dan pergi berehat.

Situasi yang sama juga sekiranya mereka mengalami trade yang rugi berturut-turut, mereka akan berhenti trade untuk hari itu dan rehat serta tenangkan diri sebelum mula trade semula.

Untuk belajar lebih mendalam tentang ini anda boleh lihat course Trading Psikologi dan Mindset.

8) Memiliki Trading Journal

Professional trader mesti akan ada trading journal mereka tersendiri.

Trading journal adalah sebuah journal dimana trader akan catat semua nota berkaitan posisi trade mereka yang mereka buka seperti, pair apa yang mereka trade, berapa lot saiz, berapa profit atau loss daripada trade tersebut, etc.

Rekod journal trading amat penting kerana ia dapat membantu kita untuk lihat apa yang kita masih boleh perbaiki tentang cara trading kita yang kita munkin terlepas pandang.

Boleh Baca Lagi Tentang Trading Journal Di: Kenapa Trading Journal Penting Dalam Trading

9) Tidak Bersedih Jika Berlaku Kerugian

Dalam trading losing trade itu satu kebiasaan dan memang semua trader akan menggalaminya.

Tetapi Perbezaan antara trader biasa dengan professional trader adalah dengan cara mereka terima kerugian tersebut.

Seorang trader yang biasa akan anggapkan yang losing trade itu perkara biasa dan teruskan perjalanan mereka, tetapi professional trader mereka akan terima kerugian tersebut dan kemudian mereka akan kaji semula trade tersebut kenapa ianya menjadi trade yang rugi, mungkin mereka ada terlepas pandang sesuatu.

Dari situlah mereka dapat perbaiki lagi cara trading mereka.

[adrotate group=”2″]

10) Tidak Melibatkan Dunia Trading Dengan Peribadi

Biasanya jika trader menggalami hari yang teruk ketika trading mereka akan bawa perasaan tersebut ke dalam kehidupan harian mereka seperti tiada mood atau “bad mood” biasa orang katakan.

Siapa tidak sedihkan jika kehilangan duit, tetapi jika kita tidak dapat kawal emosi kita selepas alami kerugian ianya agak susah dan dapat jejaskan hubungan kita dengan orang lain.

Kalau saya dulu pun sama, bila alami kerugian dan bila lepak je mesti kawan saya akan perasan yang saya macam kurang cakap dan nampak macam stress.

Tapi tujuan kita untuk keluar jumpa orang adalah untuk kurangkan tekanan kita, jadi enjoy lupakan tentang trading buat sementara waktu tenangkan minda.

Saya ada baca satu kajian dahulu, kalau kita sedang stress ais cream dapat kurangkan tekanan tersebut, tetapi jangan pulak sampai terlebih makan ais cream boleh dapat penyakit juga.

Satu lagi apa anda boleh buat adalah dengan buat aktiviti macam hobi anda.

Mungkin hobi anda bermain bola jadi pergi luar main bola, jika suka main game pergi main game, buat saja apa-apa aktiviti yang dapat buatkan lupa tentang trading untuk sementara waktu.

Mungkin anda berminat untuk baca: Cara Untuk Terus Kekal Bermotivasi Dalam Trading

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

This Post Has 4 Comments

  1. mohd

    terima kasih sebab sedia kan blog ni,saya banyak belajar dari blog tuan..

    1. Admin

      Sama-sama. Terima kasih atas kata-kata baik tuan. Saya akan berusaha lagi untuk berkongsi lebih banyak ilmu pada masa akan datang.

      Jika tuan ada sebarang soalan boleh balas di komen ini, saya akan cuba balas secepat mungkin.

  2. A Basir

    Salam,dimana saya blh hubungi tuan,ad grup telegram atau instagram x ?

Leave a Reply