You are currently viewing 2 Benda Perlu Buat Apabila Akaun Sudah MC

2 Benda Perlu Buat Apabila Akaun Sudah MC

Situasi yang paling ditakuti oleh trader adalah apabila akaun trading mereka menggalami MC.

Apa itu MC?

Jika anda masih baru lagi dalam trading dan tidak tahu apa maksud MC itu. MC adalah perkataan pendek untuk Margin Call.

Margin Call ini akan berlaku bila baki di dalam akaun trading kita sudah tidak cukup untuk membuka sebarang posisi trade.

Kebanyakan trader akan berasa sedih kerana akaun mereka sudah MC dan ianya memang satu perkara yang biasa untuk seorang trader akan merasa penggalaman akaun MC ini sekurang-kurangnya 1 kali di dalam perjalanan mereka sebagai seorang trader.

Antara punca sebab mereka menggalami kerugian adalah disebabkan kurang disiplin dalam market, trading cara yang sangat agresif, emosi dan banyak lagi sebab-sebab lain boleh menjadi punca untuk trader tersebut rugi.

Tetapi daripada berasa sedih kita perlu belajar dari kesilapan tersebut dan cuba untuk perbaikikan lagi. Cara yang terbaik untuk belajar adalah dengan belajar dari kesilapan yang lalu.

Ini adalah 2 benda yang anda perlu buat apabila akaun trading anda MC.

1. Terima Kenyataan

Selalunya bila akaun trader MC mereka akan cuba salahkan pihak lain seperti broker atau market yang menjadi punca mereka menggalami margin call sedangkan ada kemungkinan besar ianya salah trader itu sendiri.

Mungkin ia berpunca sebab trader tersebut tidak membuka lot saiz yang sesuai dengan modal akaun dia, atau mungkin ianya berpunca sebab tidak menggunakan sebarang Stop Loss.

Cuba untuk kenal pasti dahulu punca akaun tersebut rugi dan kemudian cuba lihat apa langkah yang boleh diambil untuk elakan perkara tersebut daripada berlaku lagi.

Di sinilah trading journal dapat membantu kita.

Jika anda masih tiada trading journal atau tidak tahu apa itu sebenarnya trading journal saya sarankan untuk membaca artikel ini, Trading Journal Kenapa Ia Sangat Penting Dalam Trading.

Di artikel tersebut saya kongsikan tentang apa itu trading journal, kenapa ianya penting serta macam mana nak buat dan guna trading journal anda sendiri.

2. Berlatih Semula

Saya tahu ramai trader tidak suka bahagian ini sebab mereka perlu berlatih semula di akaun demo.

Tapi percaya lah ianya akan membuah hasil yang amat bagus untuk jangka masa panjang.

Pada masa yang sama ketika anda berlatih di akaun demo semula, anda juga boleh kumpul modal trading anda semula.

Jadi apabila anda sudah tamat berlatih di akaun demo dan sudah bersedia untuk mula trade menggunakan duit yang sebenar semula, anda sudah ada modal untuk bermula semula.

Jadi ianya tidak membuang masa langsung untuk anda berlatih di akaun demo dan asah semula skill, pada masa yang sama dapat kumpul modal trading.

Baca: 6 Cara Untuk Kumpul Modal Trading.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply