You are currently viewing 5 Mitos Mengenai Forex Trading Masih Ramai Orang Percaya

5 Mitos Mengenai Forex Trading Masih Ramai Orang Percaya

Market forex adalah market terbesar di dunia dengan jumlah transaksi dianggarkan dalam $5 Trillion USD sehari, untuk bandingan pasaran saham hanya mempunyai transaksi dalam $200 billion USD sehari.

Walaupun market forex ini adalah market yang terbesar di dunia, masih ramai lagi yang percaya dengan perkara mitos tentang forex trading ini.

Hari ini saya senaraikan 5 mitos tersebut yang berkenaan dengan forex trading yang masih ramai orang percaya.

1) Anda Perlukan Ijazah Dalam Ekonomi Untuk Berjaya Dalam Forex Trading

Memang benar yang market forex memerlukan anda untuk paham tentang ekonomi dunia, tetapi ia tidak semestinya hingga ke peringkat ijazah.

Kalau anda paham benda basic tentang ekonomi pun sudah ok.

Saya kenal ramai trader yang berjaya dari pelbagai latar belakang, ada yang kerja IT, ada yang graphic designer, ada juga kerani office. Apa yang saya cuba sampaikan anda tidak perlu mempunyai ijazah dalam ekonomi untuk berjaya dalam forex trading.

Kalau anda masih baru kepada forex trading dan tidak tahu dimana nak belajar anda boleh lihat course percuma kami Forex Simple Course.

2) Anda Perlukan Modal Besar Untuk Trade Dalam Pasaran Forex

Dulu memang hanya bank sahaja yang boleh melakukan urus niaga dalam forex market kerana ia perlu menjalankan transakti yang besar.

Tetapi selepas wujudnya internet dan forex broker, retail trader seperti saya dan anda sudah tidak memerlukan jumlah wang yang besar untuk mula forex trading.

Sekarang anda hanya perlukan komputer atau laptop dan line internet yang stabil untuk bermula trading, soal jumlah modal pemulaan pulak, sekarang sudah banyak broker yang menerima jumlah permulaan yang kecil serendah $10 USD.

Sudah tentu dengan pemulaan modal yang kecil seperti $10 takkan dapat buat keuntunggan yang besar kalau mula dengan jumlah $1000, tetapi anda boleh gunakan modal kecil sebagai langkah pemulaan anda didalam bidang forex trading ini.

Kalau anda mahu kumpul modal untuk mula trading anda boleh baca artikle ini.

[adrotate group=”2″]

3) Anda Perlu Sentiasa Duduk Di Hadapan Komputer

Kebiasaan bila orang dengar tentang trading ini dia akan bayangkan seseorang itu sentiasa duduk di hadapan komputer dengan 8 screen monitor tengok berita ekonomi dunia dan chart.

Munkin ada setengah bahagian itu benar kalau anda seorang bank trader atau hedge fund manager.

Tetapi ianya tidak seperti itu untuk semua orang, saya sendiri trade hanya menggunakan satu monitor sahaja dan tidak sentiasa duduk depan komputer melihat chart.

Ada juga orang yang trade forex ini sebagai part time sahaja dia hanya tengok chart dalam 1 atau 2 jam sehari dan kemudian teruskan dengan urusan perkerjaan harian dia.

Tidak perlu pun untuk ada 6 ke 8 screen dan sentiasa lihat chart, itu semua mitos.

4) Trading Forex Ni Mudah Je

Munkin ini perkara paling biasa anda dengar bila berborak dengan rakan anda yang seorang trader tentang forex trading dan ianya benar dan tidak, apa maksud saya.

Forex ini tidak beza pun dengan benda lain, ianya seperti kemahiran, pada fasa awalnya memang akan rasa susah sebab masih tidak beberapa paham tentang trading lagi, tapi bila anda sudah banyak mengkaji, asah skill anda dan sudah ada strategy yang bagus dan konsistant, ianya akan mula jadi mudah untuk anda.

[adrotate group=”4″]

5) Anda Perlu Beli Course Sampai Beribu Untuk Berjaya Dalam Forex Trading

Ini kesilapan besar kebanyakkan trader baru buat, mereka fikirkan untuk berjaya dalam dunia trading ini mereka perlu beli course yang mahal sebab berfikir “Kalau harga mahal mesti bagus”.

Tidak semestinya yang semua course mahal di luar sana adalah bagus ada juga yang scam bila sudah bayar tidak dapat apa-apa, anda kene berhati-hati.

Pada masa yang sama ada juga course yang bagus di luar sana tetapi harga tidak mahal sampai beribu, anda kene buat kajian dahulu sebelum membeli apa-apa course atau buku di luar sana, cuba google course tersebut tengok review dan tanya pendapat orang lain.

Anda tidak semestinya perlu beli course untuk berjaya dalam dunia trading, sekarang sudah ada banyak sumber di internet dimana orang berkongsi ilmu mereka secara percuma.

Itu tidak bermakna saya cakap yang tidak perlu beli course, ianya terpulang kepada anda dua-dua ada kelebihan dan kekurangan.

Kalau anda mahu belajar sendiri biasanya ia akan masa yang lama tetapi tidak perlu keluarkan duit untuk beli course, kalau anda mahu beli course anda akan belajar lagi cepat tetapi anda perlu membeli course tersebut.

Ianya terpulang kepada anda, tetapi perlu berhati-hati sekiranya anda mahu beli course, seperti saya katakan tadi sekarang ini sudah banyak kes penipuan, cuba buat sedikit kajian tentang course itu terlebih dahulu dan lihat siapa penggajarnya adakah beliau itu seorang yang real atau tipu.

Selalunya kalau scam mereka akan menggunakan akaun social media dan gambar palsu.

Kalau anda masih baru lagi kepada forex trading, anda boleh lihat Forex Simple Course ianya percuma dan khas untuk mereka yang baru kepada forex trading.

[adrotate group=”2″]

Kesimpulan

Anda tidak perlukan ijazah untuk berjaya dalam dunia trading ini, anda boleh saja belajar dengan sumber di internet ini tanpa perlu beli course yang mahal sampai beribu-ribu.

Forex trading ini tidak mudah pada awalnya tetapi bila anda sudah kaji dan tidak putus asa ianya amat berbaloi.

Apa pendapat anda dengan 5 senarai tersebut, dan saya terfikir pada mula-mula anda nak mula trading atau dengar pasal trading ini apa yang anda fikirkan atau bayangkan, boleh berkongsi di ruang komen di bawah 🙂

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply