You are currently viewing Adakah Ianya Salah Market atau Diri Sendiri?

Adakah Ianya Salah Market atau Diri Sendiri?

Pernah tak anda perasan kadang-kadang pergerakan market terus berubah arah bertentangan sebaik saja kita membuka posisi trade?

Atau mungkin situasi yang lagi kerap berlaku dimana kita sudah buka posisi trade dan sudah meletakan level Take Profit dan juga level Stop Loss kita. Kemudian market sentuh level stop loss kita dahulu sebelum bergerak ke arah analysis kita dan harga sampai ke level take profit.

Apa sebenarnya punca seperti ini sentiasa berlaku? Ianya seperti market sengaja buat begitu untuk sakitkan hati kita.

Betul Ke Market Perhatikan Kita?

Kita perlu ingat bahawa hasil pergerakan yang berlaku di dalam pasaran adalah berpunca daripada pandangan trader-trader lain di seluruh dunia berkenaan pasaran tersebut. Trader-trader tersebut terdiri daripada institusi bank, syarikat, pihak kerajaan dan juga trader kecilan.

Setiap trader tersebut mempunyai pendapat mereka tersendiri kita tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran mereka, apa pandangan mereka tentang kelesuruhan market.

Tapi apa yang kita tahu adalah kebanyakan pergerakan market akan berpunca daripada institusi besar seperti bank dan hedge fund kerana mereka memiliki dana yang besar untuk ubah pergerakan harga.

Mereka tidak kesah tentang orang lain, apa yang mereka mahukan adalah keuntungan dan kurangkan kerugian mereka. Jadi apa yang berlaku di dalam market adalah bergantung kepada pandangan mereka tentang keadaan semasa market.

Ia Bukan Salah Market Tapi Salah Kita

Sekarang ini kita sudah tahu arah pergerakan market adalah bergantung kepada pandangan institusi besar(mereka yang memiliki dana besar) tentang keadaan market semasa.

Apa kesilapan kebanyakan trader buat adalah dengan rasa terlalu yakin dengan analysis mereka dan beranggapan bahawa market tidak akan bergerak bertentangan dengan analysis mereka.

Jika market bergerak bertentangan dari jangkaan mereka terus salahkan market dengan katakan market perhatikan trade mereka, sedangkan pandangan market secara keseluruhan adalah berbeza dari pandangan mereka.

Apa Kita Boleh Buat?

Sekarang kita sudah paham bahawa jika market bergerak bertentangan dari jangkaan kita, ianya bukan kerana market perhatikan posisi trade kita tetapi pergerakan tersebut adalah hasil daripada pandangan market secara keseluruhan.

Dalam market ada dua katagori saja, pembeli atau penjual. Jika pembeli lagi ramai dari penjual pergerakan market akan menaik, sekiranya penjual lagi ramai daripada pembeli maka pergerakan market adalah menurun.

Jadi macam mana kita mahu tahu siapa yang sedang menggawal market ketika waktu itu?

Jawapan kepada soalan itu mudah saja, ianya dengan melihat arah trend. Saya tahu mungkin sudah ramai dengar benda seperti “sentiasa ikut arah trend” dan “jangan lawan trend”. Mungkin anda juga sudah muak mendengarnya.

Tapi itu je sebenarnya, ramai orang sangkakan mesti ada teknik rahsia sebenar untuk berjaya dalam trading, mesti ada setting indicator yang bagus kita masih belum tahu, atau mungkin terdapat custom indicator yang bagus diluar sana, atau mesti ada trading strategy dimana hasil win rate dia lebih tinggi.

Pada awal-awal saya mula trading dulu, saya juga sentiasa mencari “rahsia sebenar trading” saya selalu habiskan masa berjam setiap hari mencari di internet tentang indicator dan trading strategy yang bagus.

Tetapi jawapan kepada pencarian itu sebenarnya mudah saja dan selalu dipandang remeh oleh trader. Ikut arah trend.

Macam mana pula jika trading strategy yang anda pakai sekarang ini memang ikut arah trend tetapi kenapa masih alami kerugian?

Punca Kenapa Kita Masih Rugi

Walaupun kita memang ikut arah trend market itu tidak bermakna kita akan sentiasa betul, dari masa kesemasa akan ada waktu juga di mana market bergerak bertentangan dari analysis kita.

Kerja kita sebagai trader bukanlah untuk sentiasa membuat keuntungan, tetapi untuk menjaga kerugian kita.

Secara tak langsung bila kita jaga serta kurangkan kerugian kita dalam jangka masa panjang kita akan mendapat keuntungan.

Jadi cuba untuk kurangkan pendedahan risiko kita dengan membuka lot saiz yang sesuai, tidak ambil risiko yang terlalu besar dari apa akaun kita mampu tampung.

Tunggu Masa Yang Sesuai

Ok mungkin anda seorang trader yang betul-betul bagus dengan menjalankan money management yang ketat serta menjaga risiko dengan menggunakan Stop Loss(SL) dan Take Profit(TP).

Tetapi market kadang-kadang tetap sentuh level SL dahulu sebelum bergerak ke arah analysis. Macam mana pula untuk situasi macam ini?

Pada pendapat saya ianya bukan salah market tetapi waktu kita memasuki market adalah salah.

Kita selalu sangkakan jika market sudah sampai ke satu level itu ia akan terus berubah arah. Tetapi ianya tidak benar.

Ada 2 situasi boleh berlaku apabila market sudah sampai ke kawasan support dan resistance:

1) Market akan bertahan di level tersebut.

2) Market akan bergerak melebihi level tersebut dan berlakunya break out.

Jadi macam mana kita mahu tahu jika level tersebut akan bertahan?

Di sinilah kita perlu tunggu dan lihat apa yang market buat ketika berada di level tersebut.

Sebagai contoh jika ianya level support dimana kita jangkakan market akan mula bergerak menaik di kawasan tersebut, daripada terus membuka posisi buy bila harga sampai ke level tersebut, kita akan tunggu dan lihat riaksi market.

Jika level tersebut akan bertahan market akan menunjukan ciri-ciri bullish di level tersebut. Jika tiada sebarang tanda-tanda bulish itu bermaksud kemungkinan level itu tidak akan bertahan dan akan berlaku break out.

Dengan menunggu untuk mendapatkan kepastian tersebut, kita dapat elakkan diri kita daripada menjadi mangsa dimana market sentuh level stop loss kemudian bergerak ke arah analysis.

Saya sarankan untuk tidak buka sebarang posisi trade selagi tidak lengkap 6 syarat ini.

Kesimpulan

Jadi kita sudah tahu bahawa market bukannya perhatikan pergerakan kita. Tetapi apa yang berlaku di dalam market adalah hasil daripada pandangan keseluruhan orang lain tentang keadaan semasa pasaran.

Kita juga sudah tahu antara punca kenapa market akan sentuh stop loss kita dahulu sebelum bergerak ke arah jangkaan adalah disebabkan waktu kita membuka posisi trade tidak kene dan kita perlu tunggu untuk market menunjukan kita bahawa harga akan bertahan di level itu dahulu sebelum membuka sebarang posisi trade.

Jika anda ada sebarang persoalanan, jangan malu jangan segan untuk tanya soalan anda di ruang komen di bawah.

Admin

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply