Analisa Teknikal Pair GBP/CHF dan NZD/JPY

Selamat tengah hari,

Harap trading minggu lepas semuanya ok, minggu ini mari lihat pair GBP/CHF dan NZD/JPY.

Potensi Short NZD/JPY?

NZD/JPY menunjukan potensi untuk short di pair ini. Level resistance pertama saya akan perhatikan di harga 78.076 – 77.922, ketika ini harga semasa sedang berada berdekatan dengan level ini. Jika berlaku tanda-tanda buyer mula melemah dan berlakunya ciri-ciri bearish ianya mungkin menunjukan bahawa seller telah mula kawal pasaran untuk pair ini.

Tapi sekiranya buyer masih kuat dan berjaya break resistance pertama itu, saya akan tunggu untuk harga sampai ke level kedua pula di 78.543 – 78.398, jika harga sudah sampai ke level kedua dan menunjukan ciri-ciri seller sudah mahu mula kawal pasaran, ianya mungkin bermaksud level itu akan bertahan sebagai level resistance.

Reversal Di GBP/CHF?

Selama tempoh 4 minggu bullish berjaya kawal pair GBP/CHF dan naik lebih daripada 400 pip. Tapi adakah bull masih dapat kekalkan momentem mereka?

Ketika waktu ini saya menjangkakan reversal jangka pendek untuk pair GBP/CHF. Ketika ini harga sedang bertahan di zone support 1.24766 – 1.24589, apa yang saya sedang tunggu adalah untuk salah satu benda untuk berlaku di pair ini.

Pertama adalah level support itu akan bertahan dan harga bergerak ke zone resistance di 1.25595 – 1.25412, jika harga berjaya sampai ke level ini dan menunjukan sebarang ciri-ciri bearish ianya mungkin menunjukan harga akan bertahan di level itu.

Situasi kedua pula jika zone support itu tidak kuat dan berlakunya breakout, saya mungkin akan tunggu retracement semula untuk kepastian jika level support itu akan berubah menjadi resistance.

Trading adalah satu risiko yang tinggi dan anda boleh kehilangan kesemua modal anda. Kesemua analaysis di sini adalah hanya pandanggan saya terhadap pasaran.

Segala Trade Yang Anda Ambil atau Lakukan Adalah Atas Faktor Risiko Anda Sendiri.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply