Chart Analysis EUR/USD dan GBP/AUD

Selamat pagi,

Hari ini saya ingin berkongsi analysis buat pair EUR/USD dan juga GBP/AUD.

EUR/USD

Untuk pair EUR/USD saya menjangkakan pergerakan penurunan akan berlaku. Terdapat 2 zone yang saya akan perhatikan, zone pertama adalah di harga 1.17558 – 1.17500, jika ada berlakunya tanda-tanda bearish di kawasan ini ianya mungkin menunjukan level tersebut akan bertahan sebagai zone resistance.

Jika harga break level resistance pertama tersebut, saya akan tunggu untuk harga sampai ke zone resistance ke-2 pula di sekitar 1.17884 – 1.17770, jika berlakunya tanda-tanda bearish di kawasan ini ia menunjukan level itu bertahan sebagai level resistance ke-2.

GBP/AUD

Pair ini saya menjangkakan pergerakan menaik, ketika menulis ini harga sedang berada di sekitar zone pertama yang saya akan perhatikan di harga 1.88351 – 1.88197. Ianya satu level support yang bagus untuk diperhatikan.

Sekiranya harga bergerak melebihi level tersebut, level ke-2 saya akan perhatikan adalah di harga 1.87711 – 1.87565, jika berlakunya tanda-tanda bullish di level ini ia menunjukan level tersebut mungkin akan bertahan sebagai level support ke-2.

Jangan lupa untuk menjaga risk management dan juga money management ketika trading.

Trading adalah satu risiko yang tinggi dan anda boleh kehilangan kesemua modal anda. Kesemua analaysis di sini adalah hanya pandanggan aaya terhadap pasaran.

Segala Trade Yang Anda Ambil atau Lakukan Adalah Atas Faktor Risiko Anda Sendiri.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply