Trading Journal Kenapa Ianya Penting Dalam Trading

Trading Journal Kenapa Ianya Penting Dalam Trading

Setiap trader wajib mempunyai trading journal tidak kesah lah anda trade saham, index, komoditi, matawang crypto ataupun forex market, anda wajib ada trading journal ini.

Ada banyak sebab kenapa anda perlu anda ada trading journal ini, tetapi sebelum itu mari kita lihat apa itu sebenarnya trading journal ini dan kenapa ianya penting.

Apa Itu Trading Journal

Trading Journal ini anda boleh anggapkan ia iabarat dairi tetapi dari tulis tentang kesah kehidupan harian, anda catat setiap rekod trading yang anda ambil tidak kira sama ada ianya losing trade atau win trade.

Ini sebab anda mahu melihat prestasi trading anda dan cuba untuk cari di area mana anda boleh perbaikikan diri untuk menjadi trader yang lebih konsistent dengan melihat rekod prestasi trading anda yang lepas.

Walaupun ianya sesuatu benda yang penting dalam kerjaya trading anda tetapi masih ramai lagi trader di luar sana yang tidak mempunyai trading journal, biasanya bila saya tanya kenapa mereka tidak ada trading journal ini 2 respond yang saya selalu dapat, ianya tidak penting ataupun tidak tahu macam mana nak buat trading journal.

Kenapa Trading Journal Ini Penting

Trading journal ini penting disebabkan ia dapat beritahu dimana kesilapan kita biasa buat yang munkin kita sendiri tidak perasan kita melakukannya.

Contoh kalau anda sudah ada catat trading rekod anda selama 3 bulan dan jumlah trade yang anda ada ambil katakan dalam 50 trade dalam tempoh 3 bulan tersebut, dan daripada 50 trade tersebut 20 trade ada lah losing trade dan 30 trade lagi adalah win trade.

Tetapi anda perasan yang dari 20 trade yang salah tersebut anda ada nampak satu corak yang biasanya berlaku iaitu stop loss jarak yang sama katakan 20 pip contoh.

Dan bila anda lihat chart trade tersebut semula anda perasan yang market bergerak ke arah analysis anda tetapi market sentuh stop loss anda dahulu sebelum pergi ke arah analysis.

Jadi dengan maklumat ini anda tahu punca biasanya anda kene stop out adalah disebabkan stop loss anda terlalu rapat jadi munkin di trade akan datang anda boleh jarakkan sedikit stop anda seperti 25 pip atau 30 pip.

Sekiranya anda tidak ada trading journal anda munkin tidak akan perasan perkara tersebut, dengan mencatat dan rekodkan trading anda, anda akan nampak dimana anda boleh perbaiki trading anda.

Cara Buat Trading Journal

Macam saya katakan tadi salah satu sebab kenapa ramai trader tiada trading journal adalah kerana mereka tidak tahu cara untuk membuatnya.

Trading journal ini tidak perlulah merumitkan sangat anda boleh saja guna buku nota kosong biasa untuk membuatnya. Maklumat yang biasa perlu ada dalam journal anda adalah:

– Tarikh Trade

Tarikh anda buka posisi trade tersebut.

– Pair Matawang

Pair apa yang anda trade, Eur/Usd, Gbp/Usd, Aud/Jpy, etc.

– Signal

Posisi apa yang anda buka Buy atau Sell.

– Harga Entry

Paras harga dimana anda buka posisi trade tersebut.

– Level SL

Paras harga dimana anda meletakan stop loss anda.

– Harga Close

Di mana paras harga anda close posisi trade tersebut.

– Entry method

Cara anda buka posisi trade tersebut adakah ianya Instant Execution atau Pending Order seperti buy stop, sell stop, buy limit, sell limit.

– Risk Reward

Berapa risk reward anda adakah ianya sekurang-kurangnya 1:1 ratio.

– Trade ROI

Berapa jumlah ROI anda untuk trade tersebut dalam USD. (+) untuk win trade, (-) untuk losing trade

– Sebab Trade

Tulis kenapa anda entry trade tersebut, contoh munkin anda nampak trade setup berdasarkan trading strategy anda.

Munkin bila lihat semua itu munkin anda terasa macam banyak kerja je nak kene buat, tetapi jangan risau saya sudah ada sediakan template dalam bentuk excel spreadsheet untuk anda, boleh saja klik di sini untuk download file tersebut.

Cara Guna Trading Journal

Selepas anda sudah terima trading journal anda dan sudah bukanya di excel anda akan ada nampak yang saya ada tinggalkan satu trade rekod sebagai contoh, tetapi saya akan terang juga setiap kotak tersebut untuk bagi lebih paham.

Date: Tarikh trade tersebut dibuka.

Currency Pair: Pair currency apa yang anda trade.

Entry: Adakah anda buka posisi Buy atau Sell.

Stop Loss(SL): Harga level stop loss anda.

Takpe Profit(TP): Harga level take profit anda.

Risk: Jarak stop loss anda dari harga entry dalam pip. Untuk dapat nilai ini ambil Harga Entry tolak dengan level Stop Loss.

Reward: Jarak take profit anda dari harga entry dalam pip. Untuk dapat nilai ini ambil Harga Entry tolak dengan level Take Profit.

Size Lot: Saiz lot yang anda buka.

Harga Entry: Level harga dimana anda buka posisi tersebut.

Harga Exit: Level harga dimana anda tutup posisi tersebut.

P/L: Profit atau loss anda dalam pip. Untuk dapat nilai ini ambil Harga Entry tolak dengan Harga Exit.

P/L: Profit atau loss anda dalam USD. Untuk dapat nilai ini lihat di trading platform anda berapa profit atau loss anda.

Nota Trade: Nota untuk anda tulis kenapa anda buka posisi trade tersebut dan kenapa anda exit trade tersebut.

Sekiranya anda mahu ubah untuk tambah atau buang ruang kotak yang tak diperlukan sangat seperti contoh kalau anda tidak mahu ada “P/L Dalam Pip” anda boleh buang kotak tersebut, anda boleh ubah journal tersebut ikut kemahuan anda, yang template tersebut adalah apa yang saya sendiri gunakan.

Kesimpulan

Trading journal ini penting tidak kesah sama ada anda trade komoditi, atau saham atau forex, trading journal itu penting dan wajib dimiliki setiap trader untuk melihat prestasi trading mereka.

Saya ada soalan, adakah anda sudah ada trading journal atau munkin anda tidak mempunyai trading journal anda boleh download template excel spreadsheet tersebut dan sekiranya anda ada soalan tentang template tersebut boleh saja komen di bawah dan saya akan jawab soalan anda.

Post Lain Anda Munkin Minat:

Leave a Reply