You are currently viewing 10 Matawang Paling Mahal Di Dunia

10 Matawang Paling Mahal Di Dunia

Pernah tak anda terfikir matawang negara mana yang paling bernilai dan paling mahal di dunia?

Ramai orang sangkakan yang British Pound adalah matawang yang paling mahal tetapi sebenarnya tidak.

Jadi hari ini kita akan lihat 10 matawang yang paling mahal didunia.

10 Matawang Paling Mahal Di Dunia

  1. Kuwaiti Dinar
  2. Bahraini Dinar
  3. Oman Rial
  4. Jordan Dinar
  5. British Pound Sterling
  6. Cayman Islands Dollar
  7. Euro
  8. Swiss Franc
  9. US Dollar
  10. Canadian Dollar

Semua kadar tukaran adalah daripada website xe.com.

1. Kuwaiti Dinar

Mata Wang Kuwait

Matawang Kuwaiti Dinar adalah matawang yang termahal di dunia dengan kadar tukaran semasa 1 KWD persamaan $3.29 USD atau RM13.23.

Kadar tukaran pada tahun 2020 adalah 1 KWD persamaan RM13.89, penurunan yang ketara sebanyak RM0.66 untuk tahun 2021.

Kuwait ini sebenarnya adalah sebuah negara yang kecil tetapi dilimpahkan dengan kekayaan petrolium.

Selain itu negara Kuwait juga dianggap pakar dalam dunia kewanggan, Kuwait Investment Authority atau KIA adalah Kuwait sebuah dana yang mengkhususkan dalam pelaburan ke negara asing, antara negara yang kerajaan Kuwait telah melabur adalah Europe, United States & Asia Pacific dengan jumlah aset dianggarkan bernilai hampir $600 Billion dollar.

2. Bahraini Dinar

Duit Bahrain Dinar

Matawang Bahrin Dinar terletak di tempat kedua dalam matawang paling mahal didunia, ini disebabkan negara tersebut mempunyai banyak sumber yang dipanggil sebagai black gold atau lebih dikenali sebagai minyak.

Populasi negara Bahrain dianggarkan dalam 1.5 juta itu lebih kecil nak dibandingkan dengan kita, populasi negara Malaysia dianggarkan dalam 32 juta.

Negara Bahrain juga adalah negara yang paling cepat berkembang di timur tengah.

Di sebabkan ekonomi yang kuat kadar tukaran 1 BHD persamaan dengan RM10.70, sebelum ini ianya RM11.30 pada tahun 2020 perubahan sebanyak RM0.60

3. Oman Rial

Oman Rial

Oman munkin antara negara yang berada di semenanjung arab yang terkaya dan mempunyai kadar gaya hidup yang tinggi, seperti di kebanyakkan negara timur tengah yang lain Oman mempunyai sumber minyak yang banyak.

Selain dari itu Oman juga berada di lokasi yang strategik di Persian Gulf, disebabkan ini negara Oman antara negara yang terkaya didunia dengan kadar tukaran matawang 1 OMR persamaan dengan RM10.46.

Pada tahun 2020 ianya RM11.05

4. Jordan Dinar

Wang Jordan Dinar

Saya sendiri tidak pasti kenapa matawang Jordan Dinar ini dapat no.4 dalam matawang terkuat dunia kerana ekonomi negara Jordan tidak begitu memberangsangkan pada masa yang sama negara tersebut tidak mempunyai sumber asli seperti minyak.

Tetapi matawang Jordan Dinar masih antara matawang termahal dunia dengan kadar tukaran 1 JOD persamaan RM5.67 untuk tahun 2021.

Tahun lepas kadar tukaran adalah RM5.99 untuk 1 JOD.

5. British Pound Sterling

Mata Wang British Pound

Di nombor 5 ianya adalah Great British Pound. Ramai orang sangkakan yang British Pound adalah matawang terkuat dunia, tetapi British Pound sebenarnya berada di no.5 dalam kedudukan matawang paling kuat dunia.

Kadar tukaran 1 GBP adalah dalam RM5.50 (RM5.45 pada tahun 2020).

6. Cayman Islands Dollar

Cayman Island Dollar

Cayman Islands ini dikenali sebagai negara “Tax Havens”, munkin anda pernah tengok movie dimana orang kaya biasanya simpan duit di Cayman Island, inilah sebabnya, syarat cukainya yang boleh dikatakan hebat.

Di Cayman Islands tiada cukai pendapatan, cukai untuk syarikat.

Disebabkan syarat cukai yang menarik ini, Caymand Islands Dollar mendapat tempat ke 6 dalam matawang terkuat dunia dengan kadar tukaran 1 KYD persamaan RM4.90 pada tahun 2020 ia RM5.18 penurunan sebanyak RM0.28

7. Euro

Mata Wang Euro

Sejak kebelakanggan ini matawang Euro semakin kuat. Matawang euro juga adalah matawang rasmi untuk negara di europe, negara europe ini sebenarnya terdiri daripada beberapa buah negara seperti Germany, Italy, France, Portugal dan banyak lagi.

Negera-negara ini membuat ikatan dan terjadilah european union dan semua negara yang berada dalam ikatan ini menggunakan matawang yang sama iaitu EURO.

Fakta menarik, lebih kurang 22% duit simpanan rizab negara dunia adalah dalam matawang Euro.

Kadar tukaran semasa 1 Euro adalah RM4.90, berbeza dari kadar tahun lepas iaitu RM5.18

8. Swiss Franc

Mata Wang Negara Switzerland

CHF atau Swiss Franc ramai orang tidak tahu sebenarnya ianya adalah matawang negara Switzerland.

Negara Switzerland bukan saja antara negara terkaya di dunia malahan ianya antara negara yang paling stabil, munkin anda pernah lihat di dalam cerita yang negara ini sebenarnya terkenal disebabkan polisi bank di negara tersebut yang banyak rahsia dan pandai menjaga maklumat pelanggan mereka.

Disebabkan ini kebanyakkan orang yang mahu simpan duit mereka secara rahsia biasanya mereka akan menggunakan bank di Swirzerland.

1 CHF persamaan dengan RM4.50

Pada tahun 2020, 1 CHF persamaan dengan RM4.63

9. US Dollar

U.S Dollar

US dollar munkin antara salah satu matawang yang paling dikenali orang ramai, dengan GDP negara dianggarkan bernilai $21 trillion dollar, US dianggapkan sebagai ketua ekonomi dunia.

Kadar tukaran semasa $1 USD untuk 2021 persamaan dengan RM4.02 sebelum ini RM4.25 pada tahun 2020.

10. Canadian Dollar

Canada Dollar

Pada tahun 2018 negara Canada adalah negara kesepuluh terbesar di dunia dengan mempunyai anggaran GDP sebanyak $1.73 trillion dollar, dan antara negara yang paling kurang rasuah.

Serta jumlah baranggan yang diexport oleh Canada pada 2018 dianggarkan bernilai sebanyak $439.1 billion dollar.

Disebabkan ini kadar tukaran 1 CAD persamaan $0.79 USD atau RM3.16(RM3.17 2020) dan mendapat tempat ke 10 dalam matawang termahal dunia.

Jadi pernah ke anda pergi salah satu antara 10 negara di atas tersebut, boleh kongsikan kesah anda di ruang komen di bawah.

Artikel Lain Anda Munkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply