Perbezaan Antara Forex & Saham Yang Mana Patut Anda Pilih

Perbezaan Antara Forex & Saham Yang Mana Patut Anda Pilih

Sekarang ini sudah ada pelbagai jenis market seperti komoditi, exchange traded fund(ETF), matawang crypto(CryptoCurrency).

Tetapi dalam banyak-banyak market tersebut munkin yang paling dikenali orang ramai adalah pasaran saham dan pasaran forex.

Masa saya baru kenal dengan trading, saya ada masalah untuk pilih mana satu yang patut saya mula dulu, sama ada pasaran saham ataupun forex.

Ye saya boleh je pilih dua-dua sekali tetapi ianya tidak beberapa berkesan kerana terlalu banyak benda untuk di fokuskan.

Kalau anda mampu untuk multitask boleh saja pilih kedua-dua sekali, tetapi kalau anda macam saya, tidak mampu untuk buat kedua-duanya secara serentak kita perlu pilih salah satu.

Jadi hari ini kita akan lihat apa perbezaan diantara market saham dan juga market forex, serta yang patut anda pilih, pasaran saham atau forex?

Perbezaan Liquidity Antara Forex & Saham

Munkin anda pernah terbaca yang pasaran forex dijangkakan mencecah transaksi sebanyak $5 Trillion Dollor sehari untuk perbandingan pasaran saham dianggarkan mempunyai transaksi sebanyak $160 Billion hingga $200 Billion Dollor sehari, Sumber wikipedia.

Ini menunjukan yang pasaran forex lebih besar berbanding pasaran saham dunia, itu tidak bermaksud yang pasaran saham itu kecil, $200 Billion sehari masih jumlah yang amat besar.

Modal Pemulaan

Untuk mula trading forex anda boleh mula dengan modal pemulaan yang kecil serendah $5 ke $10 dollor, manakala sekiranya anda mahu mula trade pasaran saham, keperluan modal pemulaan kebiasaannya besar juga dalam dalam beribu.

Saya akan cuba terang lebih mendalam.

Di dalam forex trading anda boleh mula dengan jumlah yang rendah dengan membuka akaun seperti micro atau nano dan ianya bergantung kepada pihak broker juga ada broker yang menawarkan jenis akaun tersebut dan ada yang tidak.

Tetapi anda perlu realistik sedikit juga jangan pula fikirkan yang mula dengan modal $10 dapat jadikan $500 dalam jangka masa pendek, terdapat banyak peranan lain lagi anda perlu fikirkan seperti trading strategy anda adakah ianya konsistent, juga keadaan market semasa.

Sekiranya anda mahu trade pasaran saham, ianya bergantung kepada jenis syarikat dan sekuriti yang anda mahu beli. Contoh kalau anda mahu beli saham di syarikat A sebanyak 100 share dan setiap satu share itu berharga RM10/share, jadi anda perlu ada RM1000 di dalam akaun anda untuk membeli share syarikat A, itu masih tidak termasuk bayaran komisyen pihak broker lagi.

Waktu Perdagangan

Market forex dibuka selama 24 jam sehari 5 hari seminggu manakala pasaran saham pula dibuka seperti waktu kerja.

Sekiranya anda masih mempunyai kerja harian ini agak susah sedikit untuk anda trade saham kerana market dibuka ketika waktu kerja anda.

Melainkan anda trade pasaran saham negara lain seperti NYSE(New York Stock Excange), S&P 500, London stock exchange dan sebagainya kerana market ini masih dibuka ketika waktu kerja di Malaysia sudah tamat.

Tetapi sekiranya anda trade di pasaran luar modal pemulaan anda juga perlu besar kerana perbezaan mata wang mereka dengan kita.

Kalau forex market anda tidak perlu risau sebab market forex sentiasa dibuka dari hari isnin hingga jumaat, jadi anda boleh trade bila-bila masa anda ada masa lapang, tetapi walaupun pasaran forex dibuka 24 jam itu tidak bermakna market akan sentiada aktif ada waktu dimana market tidak banyak pergerakan.

Fokus

Untuk pasaran forex anda tidak mempunyai banyak pair mata wang yang anda perlu lihat, sesetengah trader hanya trade 8 major pair sahaja ada juga yang hanya trade major dan cross pair itu masih baru 28 pair saja.

Ada juga exotic pair tetapi saya jarang jumpa orang trade exotic pair kerana tidak banyak pergerakan atau volume.

Kiranya lebih mudah untuk fokus apabila tidak banyak aset yang perlu anda perhatikan.

Pasaran saham pula, terdapat banyak syarikat di luar sana lebih dari beratus aset dan syarikat yang anda perlu sentiasa pantau, saya tahu ada juga yang trader saham hanya berdasarkan bahagian sektor sahaja seperti sektor teknologi atau finance atau pembinaan, etc.

Tetapi setiap sektor itu masih mempunyai berpuluh hingga beratus syarikat jadi ianya lebih susah untuk anda pantau semua itu.

Itu masih tidak termasuk kalau anda trade pasaran luar sekali seperti london stock exchange dan juga new york stock exchange, berapa banyak syarikat yang anda perlu pantau.

Sebab itu biasanya kalau anda lihat trader saham akan ada banyak screen monitor sebab mereka perlu perhatikan banyak asset serentak.

Komisyen

Pasaran forex mempunyai komisyen yang rendah atau tidak mempunyai sebarang komisyen, tetapi pasaran saham pula, anda perlu membayar komisyen bagi setiap urusniaga anda seperti membeli share dalam sesebuah syarikat.

Kos komisyen itu bergantung kepada broker yang anda gunakan kerana komisyen setiap broker itu berbeza, jadi sebelum anda memilih broker tersebut lihat dahulu berapa komisyen yang anda perlu bayar setiap transaksi urusniaga.

Keuntungan Ketika Menaik atau Menurun

Di dalam forex market anda boleh membuat keuntungan ketika market sedang naik ataupun turun.

Di pasaran saham anda hanya dapat membuat keuntungan ketika market sedang naik sahaja, ada sesetenggah broker yang membenarkan Short Selling tetapi ianya lebih risiko untuk anda short saham daripada membelinya.

Manipulasi

Walaupun ianya tidak selalu berlaku tetapi pasaran saham lebih mudah untuk dimanipulasi berbanding dengan pasaran forex kerana saiz market yang terlalu besar.

Bilangan Orang Trade Forex vs Saham

Ini pendapat saya sendiri dan apa yang saya nampak adalah lebih ramai orang trade forex market berbanding saham, ini bermaksud anda lebih mudah untuk mencari seorang mentor atau kawan yang trade forex berbanding saham.

Kalau anda pernah baca dulu saya ada katakan yang mempunyai seorang mentor yang dapat membimbing anda dalam perjalanan anda untuk menjadi seorang trader amat penting untuk anda berjaya dalam industri ini.

Serta mempunyai rakan dalam bidang trading juga sangat penting kerana anda dapat berkongsi ilmu dan membantu antara satu sama lain.

Baca: Kenapa Ramai Trader Menggalah Dalam Trading

Kesimpulan

Jadi itulah perbezaan antara pasaran forex dan saham.

Jadi yang mana patut anda pilih?

Ianya bergantung kepada anda, kalau anda ada jumlah modal pemulaan yang besar dan mahu melabur untuk jangka masa lama dan tidak kesah untuk nampak hasil agak lambat sedikit pada masa sama dapat kumpul dividend, munkin saham bagus buat anda.

Kalau anda tidak mempunyai modal yang besar dan mahu nampak hasil cepat sedikit, munkin pilih pasaran forex.

Tetapi anda perlu ingat kedua-dua itu masih mempunyai risiko, anda boleh kehilangan modal anda, jadi berhati-hati dan cuba mencari ilmu tentang market sebanyak mana yang munkin sebelum anda mula trade menggunakan duit sebenar.

Admin

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply