You are currently viewing Apa Yang Perlu Tahu Sebelum Ceburi Bidang Crypto?

Apa Yang Perlu Tahu Sebelum Ceburi Bidang Crypto?

Bila bitcoin mula dicipta pada tahun 2009 tidak ramai orang yang memberikan perhatian kepadanya. Tetapi pada tahun 2017 harga bitcoin telah capai setinggi $20,000 dan pada waktu itu baru ramai orang yang ingin ambil tahu dan beli bitcoin.

Tetapi adakah ianya sudah terlambat untuk kita mula ceburi cryptocurrency?

Jawapannya adalah tidak. Cryptocurrency ini masih lagi di peringkat awalnya dan masih terdapat ruang lagi untuk ditambah serta untuk diperbaiki lagi.

Ramai orang yang ingin mula belajar tentang crypto ini tidak tahu untuk mula dari mana. Jadi di artikel ini saya akan kongsikan apa yang anda perlu tahu sebelum ceburi bidang cryptocurrency.

Apa Itu Crypto

Sebelum kita teruskan ini adalah sedikit penerangan tentang cryptocurrency.

Cryptocurrency atau pendeknya crypto adalah sebuah aset digital. Nilai aset ini ditentukan oleh orang ramai berbanding golongan tertentu seperti sebuah syarikat atau kerajaan.

Kegunaan aset digital ini adalah sama saja seperti matawang yang kita biasa guna sekarang, kita boleh mengirim dan juga menerima duit, cuma daripada dalam bentuk fizikal seperti duit kertas ianya dalam bentuk digital.

Saya pasti anda pernah dengar tentang bitcoin. Bitcoin adalah cryptocurrency yang paling besar ketika ini. Apa yang orang ramai tidak tahu adalah terdapat pelbagai jenis cryptocurrency selain dari bitcoin di luar sana.

Selain dari guna sebagai kaedah pembayaran terdapat juga golongan yang melihat crypto ini sebagai sebuah aset untuk pelaburan jangka panjang.

Ianya masih agak susah lagi untuk menjangkakan apa yang akan berlaku di dalam industri crypto dan juga teknologi blockchain kerana ianya masih sesuatu benda yang baru.

Tapi sekiranya anda ingin ceburi bidang ini juga terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu dulu.

[adrotate group=”2″]

6 Benda Perlu Tahu Sebelum Ceburi Bidang Crypto

Ini adalah 6 benda yang anda perlu tahu sekiranya ingin mula menceburi bidang cryptocurrency:

1) Perlu Tahu Perkembangan Crypto

Industri crpyto ini berkembang dengan pantas hampir setiap minggu terdapat benda baru di dalam dunia cryptocurrency. Jadi kita perlu sentiasa mendapat maklumat terbaru tentang perkembangan ini.

Cara yang terbaik adalah dengan melihat laman website yang boleh diharap untuk berkongsi tentang perkembangan terkini berkenaan crypto.

Laman website yang saya biasa guna adalah cointelegraph. Ianya adalah sebuah website berita yang hanya mengkongsikan berita berkenaan perkembangan dunia cryptocurrency.

Sekiranya anda ingin laman website dalam bahasa melayu, anda boleh lihat website intraday. Mereka juga kerap berkongsi berita berkenaan cryptocurrency.

2) Volatility Yang Tinggi

Pasaran crypto mempunyai kadar volatility yang tinggi. Maksud volatility adalah pergerakan naik dan turun pasaran.

Ramai sangkakan volatility yang tinggi lebih mudah untuk buat keuntungan. Ianya memang benar tetapi di pasaran crypto ini ianya agak susah untuk dijangka.

Di dalam pasaran crypto ianya tidak mustahil untuk harga naik sebanyak 50% dalam sehari dan jatuh semula sebanyak -50% pada keesokan harinya.

Apa-Yang-Kita-Perlu-Tahu-Tentang-Cryptocurrency

Malah masih terdapat ramai trader dan pelabur crypto yang masih belum lagi berjaya untuk menguasai kemahiran untuk meramal pergerakan arah crypto.

Jadi kita perlu sentiasa peka akan perkembangan pergerakan pasaran crypto dan sentiasa bersiap sedia untuk pergerakan volatility yang tinggi.

3) Jangan Harapkan 1 Coin Saja

Seperti saya katakan sebelum ini ramai orang hanya tahu tentang bitcoin sahaja, tetapi sebenarnya terdapat lebih daripada 6 ribu jenis cryptocurrency di luar sana.

Walaupun kebanyakan crypto di luar sana adalah coin scam tetapi terdapat juga coin atau token yang berpotensi di luar sana.

Ianya agak bahaya juga untuk letak duit kita di dalam satu aset saja seperti bitcoin, kerana terdapat potensi untuk kita kehilangan modal tersebut.

Jadi ia lebih selamat untuk kita mempelbagaikan pegangan crypto kita.

Tapi kita perlu berhati-hati bila membuat keputusan untuk melabur dalam projek cryptocurrency tersebut. Kita perlu lakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Seperti saya katakan tadi, sekarang ini terdapat banyak individu yang ambil kesempatan untuk menipu serta mencuri duit pelaburan kita. Sentiasa berhati-hati untuk tidak menjadi mangsa penipuan.

[adrotate group=”4″]

4) Guna Crypto Exchange Yang Dipercayai

Jika kita mahu menukar matawang kita ke matawang negara lain, kita akan pergi ke kaunter penukaran matawang asing.

Di dalam dunia crypto juga terdapat kaunter penukaran cuma dari kaunter fizikal seperti kaunter penukaran wang asing, di dalam crypto semuanya secara online.

Sekarang ini sudah banyak crypto exchange yang sudah ditubuhkan. Tapi kita masih perlu berhati-hati juga kerana masih tiada perbadanan regulasi untuk crypto exchange.

Maksudnya crypto exchange mungkin boleh tutup pada bila-bila masa dan kita tidak akan dapat semula duit pelaburan kita.

Walaupun kes di mana crypto exchange tiba-tiba lingkup agak jarang untuk berlaku tetapi kita perlu sentiasa berhati-hati.

Jadi ini adalah 3 benda yang kita boleh buat untuk elak daripada kehilangan semua aset crypto kita sekiranya platform crypto exchange lingkup:

Mempunyai Reputasi

Sentiasa pilih crypto exchange yang mempunyai reputasi yang bagus dan bukannya baru ditubuhkan semalam.

Ini kerana jika cryptocurrency exchange tersebut sudah mempunyai reputasi yang bagus kemungkinan tinggi ia tidak akan lingkup sekelip mata.

Besar

Dengan besar maksud saya adalah dari segi volume dagangan yang di lakukan di dalam exchange tersebut.

Biasanya exchange akan tunjuk berapa jumlah transaksi yang mereka uruskan dalam tempoh 24 jam, ini bermaksud kita dapat lihat berapa jumlah transaksi crypto exchange itu telah uruskan.

Maklumat ini mungkin berguna kerana jika crypto exchange itu uruskan transaksi yang besar ia kemungkinan tinggi bermaksud platform tersebut adalah sebuah platform yang stabil.

Jangan Simpan Aset Crypto Di Exchange

Jika kita mempunyai jumlah aset crypto yang besar ianya mungkin bukan satu tindakan yang bijak untuk simpan aset kita di dalam wallet platform exchange kerana terdapat risiko yang tinggi untuk kita kehilangan aset kita.

Crypto exchange sentiasa dijadikan sasaran oleh pengodam, terdapat banyak juga kes di dalam platform crypto exchange telah digondam dan cryptocurrency dicuri oleh pengodam.

Jadi jika kita sudah membeli atau menukar cryptocurrency dariapda simpan di dalam platform exchange, ianya lebih selamat untuk kita simpan di dalam wallet crypto kita sendiri.

5) Guna Dua Jenis Crypto Wallet

Terdapat 2 jenis crypto wallet hot wallet dan cold wallet.

Hot wallet adalah software wallet cryptocurrency yang kita boleh download di telephone kita atau komputer kita.

Hot wallet ini mungkin bagus jika kita banyak lakukan transaksi dengan cryptocurrency kerana ia lebih mudah atau mungkin aset kita tidak terlalu besar.

Jika kita sudah ada jumlah aset yang besar dalam crypto ianya mungkin lebih selamat untuk gunakan cold wallet.

Cold wallet ini adalah sebuah wallet fizikal biasanya rupa dia sama seperti sebuah USB flash drive.

apa itu hardware wallet

Jika anda mempunyai jumlah crypto yang besar ianya disarankan untuk guna cold wallet kerana ianya lebih selamat berbanding hot wallet.

[adrotate group=”2″]

6) Sentiasa Berwaspada

Salah satu kelemahan cryptocurrency adalah sekiranya kita kehilangan aksess ke aset crypto kita atau kehilangan kata kunci wallet kita, kemungkinan tinggi kita tidak akan mendapatnya semula.

Jadi sentiasa berhati-hati bila simpan aset crypto kita. Jika kita guna hot wallet di telephone kita, pastikan kita letakan password ke app tersebut dan sentiasa simpan code atau password kita di kertas dan simpan di tempat yang selamat sekiranya kita terlupa.

Cuba kaji dan lihat pelbagai kaedah yang anda boleh guna atau lakukan untuk memudahkan untuk anda untuk memastikan aset anda selamat.

Jika anda adalah orang baru yang ingin ceburi bidang crypto, saya telah menerbitkan sebuah course percuma di mana saya ajar semua benda yang anda perlu tahu untuk ceburi industri cryptocurrency. Anda boleh lihatnya di course crypto dan blockchain.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply