You are currently viewing Skill Penting Dalam Forex Trading

Skill Penting Dalam Forex Trading

Salah satu skill penting dalam forex trading adalah dengan membuka saiz posisi trade yang bersesuaian dengan modal akaun.

Mungkin ada yang terfikir kenapa ianya amat penting untuk membuka posisi saiz lot yang sesuai.

Di artikel ini saya akan terangkan kenapa membuka lot saiz yang sesuai itu adalah satu skill yang penting di dalam trading.

Apa Maksud Saiz Posisi Trade

Penjelasan yang mudah, saiz posisi trade adalah jumlah “Unit” atau “Lot” yang kita mahu beli atau jual untuk pair matawang tersebut.

Kenapa Ia Sangat Penting?

Membuka saiz posisi trade yang betul adalah salah satu langkah yang penting di dalam money management.

Dengan membuka lot saiz yang betul ia akan dapat menentukan sama ada akaun trading anda dapat bertahan lama ataupun tidak kerana ia akan mengelakan trader daripada risiko terlalu banyak di dalam satu posisi trade tersebut.

Ye mungkin ada terfikir yang kalau buka posisi trade yang besar mereka ada peluang untuk mendapat keuntungan yang besar. Itu betul tapi pada masa yang sama masih ada risiko untuk menggalami kerugian yang besar juga.

Jika kita tidak amalkan membuka posisi trade dengan saiz yang betul, kita mungkin akan membuka posisi trade yang terlalu besar dan risiko untuk menggalami kerugian itu lebih tinggi.

Ianya lebih bagus untuk akaun trading kita bertahan lebih lama daripada menggambil risiko besar yang mungkin dapat merugikan akaun trading kita.

[adrotate group=”4″]

Jadi Macam Mana Cara Untuk Atasi Masalah Buka Posisi Trade Terlalu Besar?

1) Ketahui Had Anda

Cara pertama adalah dengan ketahui apakah had yang kita boleh risiko setiap posisi trade.

Contoh katakan akaun trading tersebut bermula dengan modal $500.

Jumlah risiko yang biasa disarankan oleh professional trader adalah 2% atau 3% dari jumlah baki akaun trading kita.

Jadi jika baki akaun kita adalah $500 dan mahu gunakan maksimum 2% risk, kita dapat tahu yang jumlah maksimum untuk kita rugi adalah -$10 bagi setiap trade yang diambil.

Jika anda tidak pasti cara untuk kira jangan risau, anda boleh tekan sini untuk pergi ke kalkulator Lot Size.

2) Trading Checklist

Trading checklist adakah satu senarai untuk kita semak sebelum membuka posisi trade.

Sekiranya anda selalu menggalami masalah seperti membuka saiz lot yang terlalu besar atau selalu menggalami kerugian di sebabkan emosi, saya sarankan anda untuk membuat trading checklist.

Trading checklist dapat membantu untuk kurangkan kerugian dengan sedarkan kita tentang kesilapan kita sebelum membuka sebarang posisi trade.

Jika anda mahu ketahui dengan lebih detail tentang trading checklist dan macam mana mahu buat trading checklist.

Anda boleh baca artikel ini: Trading checklist boleh kurangkan kerugian kita.

Saya ada terangkan tentang trading checklist dengan lebih detail di artikel tersebut.

Selalunya trader akan lebih fokus kepada entry dan juga exit trade. Tetapi menggunakan saiz posisi lot yang betul lebih penting dan dapat menentukan sama ada mereka akan menjadi seorang trader yang berjaya ataupun tidak.

Ianya suatu benda yang tidak patut dipandang remeh oleh trader.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply