Teknikal Analisa pair AUD/USD dan CAD/CHF

Selamat pagi,

Minggu ini saya akan perhatikan kepada pair AUD/USD dan juga pair CAD/CHF. Kedua-dua pair ini menunjukkan ciri-ciri potensi yang bagus.

AUD/USD

Pair AUD/USD saya menjangkakan penurunan untuk berlaku buat kali terakhir sebelum berlakunya reversal di pair ini.

Level pertama yang saya akan perhatikan adalah di harga 0.70830 – 0.71014, jika berlakunya ciri-ciri bearish di zone ini ianya menunjukan kemungkinan level itu akan bertahan sebagai zone resistance.

Sekira berlakunya breakout di zone pertama itu saya akan tunggu untuk harga sampai ke zone kedua pula di 0.71530 – 0.71705, ini adalah zone resistance kedua yang saya akan perhatikan pada minggu ini.

CAD/CHF

Untuk pair CAD/CHF ini pula saya jangkakan telah tamatnya downtrend dan akan berlakunya bullish reversal untuk pair ini.

Level resistance yang saya akan perhatikan adalah di sekitar 0.72672 – 0.72796, jika harga bertahan di zone ini ianya mungkin akan menolak harga turun ke zone support di 0.72156 – 0.72027, jika berlaku tanda-tanda bullish di zone ini ianya mungkin menunjukan harga akan bertahan di zone support tersebut dan berlakunya reversal.

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga risk management serta money management ketika trading.

Trading adalah satu risiko yang tinggi dan anda boleh kehilangan kesemua modal anda. Kesemua analaysis di sini adalah hanya pandanggan saya terhadap pasaran.

Segala Trade Yang Anda Ambil atau Lakukan Adalah Atas Faktor Risiko Anda Sendiri.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply