Teknikal Chart Analysis Pair EUR/GBP dan NZD/JPY

Selamat tengah hari,

Ini adalah pandangan saya terhadap pair EUR/GBP dan NZD/JPY. Kedua-dua chart analysis ini adalah peluang untuk swing trade.

EUR/GBP

Untuk pair EUR/GBP saya akan lihat pasaran lebih kepada bullish. Dua zone saya akan lihat adalah di harga 0.85371 – 0.85238, jika harga dapat bertahan di zone ini ianya mungkin dapat beri kadar risk reward yang bagus.

Jika harga bergerak melebihi paras level pertama tersebut saya akan lihat level kedua pula di 0.85133 – 0.85066 jika terdapat ciri-ciri bullish yang berlaku di level ini ianya mungkin menunjukan level tersebut mungkin bertahan.

NZD/JPY

Pair NZD/JPY saya menjangkakan akan berlakunya reversal di pair ini, pada awalnya zone pertama adalah di harga 81.387 – 81.221 tetapi harga sudah melakukan penurunan pada level tersebut.

Jadi level kawasan kedua pula yang saya akan lihat adalah di 80.709 – 80.535, ini adalah level support tetapi seperti saya katakan sebelum ini saya mengjangkakan berlakunya reversal di pair NZD/JPY. Apa yang saya akan tunggu adalah untuk harga membuat breakout di level ini dan pasaran melakukan retracement untuk lihat jika level tersebut akan bertahan sebagai resistance atau pun tidak.

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga risk management serta money management ketika trading.

Trading adalah satu risiko yang tinggi dan anda boleh kehilangan kesemua modal anda. Kesemua analaysis di sini adalah hanya pandanggan saya terhadap pasaran.

Segala Trade Yang Anda Ambil atau Lakukan Adalah Atas Faktor Risiko Anda Sendiri.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Admin

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply